Pages

Friday, December 16, 2011

Mirror Making (Silver Glass Mirror)

What comes to mind when you see a mirror?  Yes, a mirror can reflect a thing back to us so that we can see it. The mirror can be classified into several types include aluminium glass mirror, low aluminium glass mirror, safety glass mirror, silk screen printed glass mirror, and silver glass mirror.  The ordinary mirror that we use is silver glass mirror. We use it every day such toilet mirror, side mirror of vehicles, and make up mirror.  So, today I want to share with you the silver glass mirror since it is the easiest to make among the other type of mirror.I have learned and studied this silver mirror making for 2 weeks. I use the video in You Tube called NurdRage hosted by DR. N. Butyl Lithium. You can search it for your reference. It is very fun and I prepare for this experiment actually. Maybe we can make it together for next time, can we.



 So, there is 4 point that we should noted. First, the preparation before the experiment, then we go to 1st process,
and proceed to 2nd process. The final we should alert with several precaution during doing the experiment.Let’s start by doing the most important thing, which is to find all of the materials and apparatus needed to make this mirror. Make sure you are listen carefully because I fear there are several scientific name in chemistry, but I believe you are easy to understand because you are good student right? 

Silver Nitrate

Sdium Hydroxide

Okay, the first step is to prepare the materials and apparatus. We need to prepare 1g silver nitrate (AgNO3), 1g sodium hydroxide (NaOH), exceed ammonia (NH3), 4g sugar, 2 glass bottle, distilled water (H2O), 1 glass container, and 1 glass slide. Other than that we need to prepare the Bunsen burner for heat and suitable place such fume hood. Fume hood is like a box covered by glass. It for our own safety avoiding the experimental chemical substance gives bad result like explode. 

Silver oxide

Second step is process 1. Prepare two glass bottles on the table. Then put in 1g of silver nitrate into the glass bottle and 1g sodium hydroxide into the other glass bottle. Then add distilled water into each glass bottle until it well dissolves. After that, mix them into a glass container. We can observe black solution called silver oxide. 

We continue with the third step. We still use the same substance resulted from the process one. Add exceed ammonia until it well dissolve with the silver oxide. After it appear a clear solution, we add the solution with 4g of sugar so that to make sure the solution is completed dissolve. Afterward, use special magnet stir or we can use Bunsen burner to heat the solution. About less than 2 hour, we can observe the result. The silver will appear inside the glass container while the outside will appear reflective mirror. It is because a glass need only one side of the silver to made a mirror. We can replace the glass container with one side covered glass slide and put it into the solution.

 In this experiment, we need to aware of several precautions. First is performing this experiment outside or in the fume hood for safety. Do fast below the 2 hours. It is because the solution generates extremely explosive silver nitrate on standing. During heat the solution, make sure you not boil it because it can give the silver tears out of glass container. After finish the experiment, wash everything with lot of water.The importance of mirror making is Silver at the back of the glass. The Silver can be used to put it back of the glass after we do the same steps given before. We can found the silver in chemical substance such silver nitrate like we use it before. To separate it out, we need sodium hydroxide and ammonia so that the only Silver will come out.

Today, the mirror is made in various creative shapes. Mirror continues to grow in popularity and we see them just about everywhere.  I believe you as student have these great opportunities to do it.Now you know how to make your own mirror right? You need some money and time to do this, but don’t worry; you will be satisfied with this new experience I promise it. Try your best and never give up. Enjoy yourself and good luck.


Sunday, December 11, 2011

Jumble Sale (29.11.11)


Subjek yang di ambil pada sem ke-3 ni ada 5 termasuk HR Manager, Organizational Behavior, Quantitative Analysis for Management, dengan Personal Development (PD). 


Cuma kali ini nak cerita pasal event yang lepas yang mana subjek PD memerlukan pelajar untuk melibatkan diri dalam satu program amal yang dinamakan sebagai JUMBLE SALE. Jumble sale ni adalah menjual barang terpakai dan keuntungannya diberikan sepenuhnya untuk tujuan amal seperti derma. 
Barang dijual murah mula dari pukul 4 ptg sampai 5 ptg..
Kitorang akan dinilai sebelum semasa dan selepas program ni oleh pensyarah-pensyarah PD sendiri. Agak mencabar jugaklah sebab sebelum ni menjual barang hanya untuk keuntungan peribadi sahaja.

Gerai 'Assessories' kelas BM2233A
  Kelas hari selasa tu semua batal sebab dapat pelepasan untuk jaga gerai. Yang istimewa sekali tepat pukul 4 ptg barang secara automatic jadi murah. terlalu murah sehingga beli 4 barang dengan harga RM1 pun ada.

Beg, kasut, topi, macam-macam adeee.
 Semua duit tu suma telah mendapat kata putus untuk diberi kepada Destini Anak Bangsa (DAB). Jumlah dia lebih kurang 2000 lebih jugaklah. 
Barang banyak perempuan punya, huhu..
 Pengalaman yang amat berguna untuk masa-masa hadapan.. InsyaAllah..
Posing...

Home deco kelas BM2234A

Baju merah warna tema kelas BM2233B

Yap dan yang lain (Aku ngan Husin terpancut)
*sebenarnya luar je nampak gembira, tapi aku percaya ramai yang sedang bersedih masa ni terutama yang terasa adalah kelas BM2233A sebab kehilangan sahabat yang sangat baik, kami terasa sunyi tanpa gurau senda dia, huhu.. Ya Allah terimalah segala ibadahnya semasa didunia. masukkanlah dia bersama-sama orang yang soleh. Amin..

Sunday, October 16, 2011

Nikmat mata.. Syukurilah..

Assalamualaikum semua..


Ramai umat manusia sekarang tidak lagi mensyukuri nikmat yang diberikan oleh tuhan. Apa tidaknya, apabila diberikan tangan, mereka mencuri dan mengasari, apabila diberi mata, mereka melihat benda-benda yang haram, apabila diberi telinga, mereka mendengar umpatan.. 


Dalam satu hadis Rasulullah pernah mengatakan (maksudnya lebih kurang begini) : nikmat yang sering dilupakan manusia ada dua, iaitu nikmat sihat dan masa lapang.


Kenikmatan yang kita perolehi sekarang adalah milik Allah semata-mata. Dia boleh menarik nikmat itu bila-bila masa yang disukai olehNya. Kenikmatan tanpa kesyukuran tiada maknanya melainkan kita menggunakannya hanya kerana Allah semata-mata.


Rasulullah pernah bersabda, (maksudnya lebih kurang begini): sesungguhnya setiap amal itu bersandar kepada sesuatu niat......


Sesuatu amalan handaklah berkait dengan Allah. Jika tidak amalan itu tidak diterima. Apakah Allah menerima ibadah seseorang kerana selain daripadaNya?? Sekali-kali tidak. Kerana itu kita sentiasa dinasihatkan menyertakan niat kita ikhlas kerana Allah Taala. 


Pengalaman minggu ini sangat memberi makna pada kehidupan aku. Seminggu diuji oleh Allah tanpa cermin mata berasa nikmat mata ditarik seketika. Apa tidaknya, 'power' cermin melebihi 5.0 dan had penglihatan hanya sejengkal dari mata. Cermin mata patah selain tak boleh menyesuaikan diri dengan kanta lekap, menyebabkan aku rimas. 


Kadang-kadang tersenyum sinis kerana kelakuan rakan-rakan sekelasku. Ada yang tergelak apabila aku mendekatkan mataku ke srin laptop hanya berjarak sejengkal. Ada yang kata muka 'garang' apabila tidak memakai 'spec'.. Ada pula sebaliknya melarang aku memakai 'spec'.


Setiap ujian pasti ada hikmahnya. Tidak kira musibah yang melanda ia pasti ada mesej yang tersirat yang ingin Allah sampaikan. Kerana musibah itu memang datang daripada Allah bukan yang lain. Kita kena yakin bahawa Allah itu maha pengasihani, tidak ada sebab Allah menimpakan musibah kepada hambaNya. Allah pasti mahu memperingatkan aku tentang nikmat kehidupan didunia ini hanya sementara. Kerana kehidupan di akhirat adalah kekal dan tiada penghujungnya dan itu adalah pasti!


Merasai musibah bukan suatu pengakhir, tapi suatu permulaan. Mulakan hidup anda dengan mengingati Allah dan istiqamah menggunakan nikmat-nikmat yang diberikan. Syukurilah nikmat-nikmat tersebut dengan meng'hamba'kan diri pada Allah. kerana Tiada tuan yang melayan hambanya dengan baik melainkan Allah..


Wallahua'lam..

Saturday, October 15, 2011

Ragbi Piala Dunia 2011 (separuh akhir)


Barisan pemain
Wales: Halfpenny, North, J. Davies, Roberts, S. Williams, Hook, Phillips, Jenkins, Bennett, A. Jones, Charteris, A. Jones, Lydiate, Warburton, Faletau.
Replacements: Burns, James, B. Davies, R. Jones, L. Williams, S. Jones, S. Williams.
Perancis: Medard, Clerc, Rougerie, Mermoz, Palisson, Parra, Yachvili, Poux, Servat, Mas, Pape, Nallet, Dusautoir, Bonnaire, Harinordoquy.
Replacements: Szarzewski, Barcella, Pierre, Ouedraogo, Trinh-Duc, Doussain, Heymans.
Pengadil: Alain Rolland (Ireland)
Sepak Mula: 3.55 ptg (wkt malaysia)
Tempat: Eden Park, Auckland, Australia. (60000 kapasiti)
Keputusan: Perancis (9) vs (8) Wales
Warburton mengasari pemain Perancis menyebabkan pemain tersebut dibuang padang

Separuh masa pertama:

                                                   James Hook;wales, penalti (min 8),      0-3
 Warburton;wales, kad merah (min 18)
 Parra;Perancis, penalti (min 21)          3-3
 Parra; Perancis, penalti (min 34)         6-3

Separuh masa kedua:

Parra; Perancis, penalti (min 42)          9-3
 Mike Phillips, Wales, try (min 58)         9-8

Friday, October 7, 2011

Malaysia tidak mampu meyaingi kekuatan pasukan Australia

Kennedy menyambut jaringannya bersama Luke Wilkshire
Sydney menjadi destinasi terbaru skuad bolasepak kebangsaan begi perlawanan persahabatan menentang skuad  Australia. Selepas menerima kekalahan kepada Singapura tempoh hari, kini skuad yang dibimbingi oleh K. Rajagobal menerima nasib yang sama dengan kekalahan jaringan sebanyak 5 tanpa sebarang jaringan balas. Pemain yang menghasilkan gol tersebut ialah Luke Wilkshire, J.B.Kennedy (2), dan A.Brosque (2).

sumber : http://www.goal.com/en/match/68671/australia-vs-malaysia/report

Kemenangan ini telahpun diramal pada awal perlawanan kerana kedudukan ranking skuad Australia ketika ini adalah lebih baik daripada ranking Malaysia masing-masing ranking ke19 dan 147. Rata-rata pasukan kendalian K.Rajagobal dibarisi oleh pemain-pemain muda yang juga menjadi harapan negara dalam misi memartabatkan bolasepak negara seperti era 80 dan 90-an. Stadium Canberra bukan sahaja di penuhi penyokong tuan rumah, malah 350 peminat bolasepak Malaysia turut berada di dalam stadium tersebut

Skuad Malaysia sempat bergambar sebelum perlawanan bermula
.

Friday, September 30, 2011

Jangan Menyerah

Salam..

Putus asa?? Jangan mudah menyerah !! Setiap apa yang kita lalui itu pasti ada hikmahnya. Ada sesuatu perkara yang lebih baik Allah mahu berikan. Teruskan berusaha, yakin pada diri anda!!

Jangan Menyerah, D'Masiv - Lagu ni dapat menaikkan motivasi seseorang. Mungkin korang pon pernah dengar lagu ni kat rancangan siri Indonesia kat TV; Amanah dalam Cinta.

Meh kita dengar sama2 lagu ni..

Never give up with what just happen,
 but Look the opportunities in the future..


intro: F G Am
F G C
F G Am
F G C

F G Am
Tak ada manusia
F G Am
Yang terlahir sempurna
F G Am
Jangan kau sesali 
F G C
Segala yang telah terjadi

F G Am
Kita pasti pernah
F G Am
Dapatkan cobaan yang berat
F G Am
Seakan hidup ini
F G C
Tak ada artinya lagi

[chorus]
F G Am
Syukuri apa yang ada
F G C
Hidup adalah anugerah
F G Am
Tetap jalani hidup ini
F G C
Melakukan yang terbaik

intro: F G Am
F G C

chorus2:
F G Am
Tuhan pasti kan menunjukkan
F G C
Kebesaran dan kuasanya
F G Am
Bagi hambanya yang sabar
F G C
Dan tak kenal Putus asa

F G Am F G C F G Am
F G C

Outro:
F G Am
F C


Buat yang terbaik untuk setiap apa yang kita lakukan,
 jangan hirau apa keputusannya sekali pon
 yang penting teruskan hidup anda :) 

Tuesday, September 6, 2011

"1/3 = ibadat, 1/3=bekerja, 1/3=mencari ilmu" - Imam Syafi'ie.

Assalamualaikum, Marhaban ya Syawal !!!

Bagaimana dengan amalan kita sepanjang bulan Ramadhan yang lepas?? Ha.. Jangan asik nak beraya sakan aja, tapi renung-renungkan bagaimana keberkesanan 'Universiti Ramadhan' mengajar kita untuk terus survive hari-hari mendatang. Ingat selepas ini perlu kita tunaikan puasa sunat selama 6 hari di bulan Syawal kerana pahalanya seperti berpuasa setahun. WOW.. banyaknya... hehe, jadi jangan lepaskannya..

Aku bukanlah ulama' tapi muslim.. :) So, tidak kira kita bangsa apa sekalipun, jika kita sudah bernama seorang islam maka hendaklah beramal dengan islam iaitu syariat Allah. Pada pandangan akulah, islam mempunyai satu cara hidup yang sangat unik kerana ia selari dengan tuntutan fitrah manusia serta tuntutan Allah tentunya. Yang menjadi persoalan sekarang adalah apakah aktiviti basic yang perlu dilakukan oleh setiap orang yang bernama 'muslim' iaitu orang kebanyakan.

Meh tengok research aku (mengikut ilmu yang ada sekarang)


1. Tarbiyah yang paling sukar adalah menunaikan Qiamullail...

2. Rasullullah berpuasa sunat sekurang-kurangnya 3 hari sebulan..

3. Rasullullah menyarankan khatam membaca Al-Quran sekurang-kurangnya 1 kali sebulan..

1128. Dari 'Abdullah bin 'Amru bin 'Ash r.a., katanya: "Aku puasa sepanjang masa dan menamatkan Quran setiap malam. Mungkin perbuatanku itu dilaporkan orang kepada Nabi s.a.w. atau mungkin juga beliau menyuruh orang memanggilku supaya aku datang kepada beliau." 


Setelah beliau kudatangi, maka beliau bertanya kepadaku, " Betulkah apa yang diceritakan orang kepadaku bahwa engkau puasa sepanjang masa dan menamatkan bacaan Quran sepanjang malam?" Jawabku, "Benar, ya nabiyallah. Tidak ada maksudku berbuat demikian melainkan hanya untuk kebaikan. "


 Sabda Rasulullah s.a.w., " Sesungguhnya sudah cukup jika engkau puasa tiga hari dalam sebulan." Jawabku, " Ya Nabiyallah ! Sesungguhnya aku sanggup lebih dari itu, "Sabda beliau, " Engkau punya kewajiban terhadap isterimu, terhadap tamu-tamumu, dan terhadap dirimu sendiri.


 Karena itu puasalah seperti puasa nabi Daud a.s., karena belaiu adalah orang yang paling taat beribadat." jawabku, " Ya Nabiyallah! Bagaimanakah puasa Nabi Daud itu?" Jawab beliau, "Dia puasa sehari dan berbuka sehari." Dan sabda beliau selanjutnya. " dan tamatkanlah Quran sekali sebulan. " 


Jawabku, " Ya Nabiyallah! Aku sanggup lebih dari itu. " Sabda beliau, " Tamatkanlah dua puluh hari sekali!", Jawabku Ya nabiyallah! Aku sanggup lebih dari itu. " Sabda beliau, " Tamatkanlah sepuluh hari sekali!", Jawabku, Ya Nabiyallah! Aku sanggup lebih dari itu. " 


Sabda beliau, " tamatkanlah sekali seminggu dan jangan lebih dari itu, kerana engkau punya kewajiban terhadap isterimu, terhadap tamu-tamumu, dan terhadap dirimu sendiri." Aku berasa keberatan. Lalu bersabda Nabi s.a.w. kepadaku, "engkau belum tahu; mudah-mudahan engkau panjang umur." Kata 'Abdullah, "Ketika aku telah mencapai usia lanjut seperti yang dikatakan Rasulullah s.a.w., aku menyesal kenapa tidak kuamalkan kelapangan yang diberikan Nabiyallah s.a.w" (Hadis Muslim)

4. Rasulullah menyuruh umat islam pergi menunaikan solat jamaah bagi solat fardhu...

609. Dari Abu Hurairah r.a., katanya : "Pada suatu ketika Rasulullah s.a.w. melihat sedikit orang shalat berjamaah. Kerana itu beliau bersabda: " Inginlah aku rasanya menyuruh seseorang mengimami shalat berjamaah (menggantikanku), kemudian aku pergi mencari orang-orang yang tidak datang berjamaah, sesudah itu kusuruh bakar rumah-rumah mereka dengan ikatan-ikatan kayu bakar. kalaulah mereka tahu betapa besarnya pahala yang akan mereka peroleh, niscaya mereka akan mendatanginya." (Hadis Muslim)

5. Solat sunat di rumah

750. Dari Jabir r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda : "Apabila kamu telah melakukan shalat (wajib) di masjid, maka kerjakan pulalah shalat (sunat) di rumah, kerana dengan itu Allah akan menjadikan rumah itu bahagia." (Hadis Muslim)

6. Hassan Al-Banna menyarankan zikir berbentuk Al-Ma'thurat yang sentiasa diamalkan oleh Rasulullah setiap pagi dan petang....

7. Al-Waqiah yang dibaca setiap hari mengelak seseorang daripada jatuh miskin...

8. Al-Mulk yang dibaca setiap hari mengelak seseorang daripada ditipu oleh dajjal dan menjadi teman di alam kubur...

9. Solat dhuha merupakan antara satu kaedah untuk murah rezeki...

10. Istirehat dapat mencergaskan diri untuk beribadat(bekerja) pada siang hari..





CONTOH AKTIVITI HARIAN
(bersama kiraan minima tempoh masa)

Qiamullail  (30minit)

-SUBUH- (10 minit)

+ Al-Ma'thurat  (10minit)
+ 4m/s alquran  (12minit)
+ Solat sunat dhuha  (3minit)

-ZOHOR-  (10minit)

+ 4m/s alquran  (12minit)

-ASAR-  (10minit)

+ Al-Ma'thurat  (10minit)
+ 4m/s alquran  (12minit)

-MAGHRIB-  (10minit)

+ 4m/s alquran  (12minit)

-ISYA'-  (10minit)

+ 4m/s alquran  (12minit)
+ Alwaqia'ah dan Almulk  (30minit)

Tidur (5jam)

Kiraan Masa:


1. solat jemaah = subuh + zohor + asar + maghrib + isya'
                       = 10minit x 5
                       = 50minit


2. baca quran  = 1 Juz
                       = 20 m/s
                       = (4m/s x 5)
                       = 12 minit x 5
                       = 60 minit
                       = 1 jam


3. Qiamullail   = 30 minit


4. Al-Ma'thurat = 2 x 10 minit
                        = 20 minit


5. Dhuha = 3 minit


6. Tidur = 5 jam


7. Al-Mulk dan Al-Waqi'ah = 30 Minit


8. Solat Sunat qabliah dan ba'diah = 3 minit x 7
                                                    = 21 minit


TOTAL = 50 minit + 1 jam + 30 minit + 20 minit + 3 minit + 5 Jam + 30 minit + 21 minit
             = 6 Jam + 154 Minit
           
              = 8 Jam 34 Minit


Baki Masa = 24 Jam - 8 Jam 34 Minit
                 = 15 Jam 26 Minit


11. Amalan Secara Tetap

755. Dari 'Aisyah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. pernah ditanya orang :" Amal yang bagaimanakah yang disukai Allah?" jawab beliau, "amal yang dikerjakan secara tetap." (hadis muslim)

Mungkin tulisan kali ini berat sedikit atau mungkin lebih ringan.. Tapi terpulang kepada anda kerana anda lebih tahu keperluan anda sendiri, tapi pada pandangan aku ini semua keperluan hidup aku.. Tidak kira bagaimana kita beramal, kita mestilah bersandarkan kepada Allah bukan untuk redha sesuatu makhluk..

Wallahua'lam... selamat beramal :)

Saturday, August 13, 2011

Cahaya mentari sore

Tepat pukul 6 ptg semalam, timbulnya satu gambar yang amat indah jika diamati..  
Gambar depan rumah
Awan seakan-akan melindungi kawasan kampung kami daripada terkena cahaya matahari.. dan suasana agak malap dan nyaman disitu.. 


Matahari dilindungi penuh oleh awan

Kenalilah penciptaanNya bukan zatNya.. Nescaya kita akan mengenali sifat-sifatnya...

Terima kasih diucapkan kepada pembaca..

Di kesempatan ini, nak ucapkan ribuan terima kasih kepada pembaca2 (walaupon aku tau xde pon) yang setia pada blog ini.. (^_^)

Thursday, August 11, 2011

Aunur Rofiq Lil Firdaus

Pasar Malam Di Kepalamu (1999)
1. Pasar Malam Di Kepalamu (1999)

    01 Panggung Kesunyian
    02 Pasar Malam di Kepalamu
    03 Yang Terindah
    04 Diatas Air
    05 Mata Merah Saga
    06 Kereta
    07 Nyanyian Kamar
    08 Nyanyian Waktu



2. Tak Ada Habisnya (2003)
Tak Ada Habisnya (2003)

    01 - Opick - Jika Kau Cinta
    02. Lelah Sepi Rindu Benci
    03. Kenalilah
    04. Siapa Aku
    05. Yang Terindah
    06. Terbaik Terburuk
    07. Anugerah
    08. Beku
    09. Bidadari Sepi
    10. Jangan Pernah Berhenti

Istighfar (2005)

3.Istighfar (2005)

    01 - opick - Astaghfirullah
    02 - opick - alhamdullilah
    03 - Opick- kesaksian diri
    04 - Opick- Ya Robbana
    05 - Opick - allah maha besar
    06 - Opick - Shalawat Nabi
    07- Opick - Kembali Pada Allah
    08 - Opick - Cukup bagiku
    09 - Opick - Bila Waktu Telah Berakhir
    10 - Opick - Tombo Hati

Semesta Bertasbih (2006)
4. Semesta Bertasbih (2006)

    01 - Opick - Taqwa
    02 - Opick - Irhamna
    03 - Opick - Takdir (ft. Melly G)
    04 - OPICk - TERANGLAH HATI
    05 - Opick - 25 Nabi
    06 - Opick - Semesta Bertasbih
    07 - Opick - Bismillah
    08 - Opick - Satu Rindu (ft. Amanda)
    09 - Opick - Buka Mata Buka Hati
    10 - Opick - Ya Rasul (ft. Wafiq Azizah)

5. Ya Rahman (2007)

Ya Rahman (2007)
    01 - Opick - Assalaamu'alaikum
    02 - Opick - taubat
    03 - Opick - Rapuh
    04 - Opick - Pewaris Surga
    05 - Opick - Mendambamu
    06 - Opick - Haji
    07 - Opick - Allah Cinta
    08 - Opick - Beruntunglah
    09 - Opick - Ya Rahman
    10 - Opick - Khusnul Khotimah
    11 - Opick - Sedekah
    12 - Opick - Allahu Ya Salam

Cahaya Hati (2008)

6. Cahaya Hati (2008)

    01 - Opick - Hanya Allah
    02 - Opick - Cahaya Hati
    03 - Opick - Ya Nabi Salam
    04 - Opick - Alangkah Indah
    05 - Opick - Cinta Setulus Jiwa
    06 - Opick - Hamba Hamba Allah
    07 - Opick - Ketika_Cinta
    08 - Opick - Allah Ya Nur
    09 - opick_-_tuhan_lindungilah
    10 - Opick - Ramadhan Tiba


Di Bawah Langitmu (2009)
7. Di Bawah Langitmu (2009)

    01 - Opick_-_Di_Bawah_LangitMu
    02 - Opick -Maha_Melihat_Feat_Amanda
    04 - Opick -Allah_Maha_Cahaya
    05 - Opick - DenganMu Aku Hidup
    06 - Opick -Shalawat_Badar
    07 - Opick - Tafakkur
    08 - Opick - Tak_Cukupkah_Semua
    09 - Opick - Engkau_Allah
    10 - Opick - Lailahailallah_Feat_Snada



Shollu Ala Muhammad (2010)
8. Shollu Ala Muhammad (2010)

    01 - Opick Feat Finalis Festival Lagu Opick (FLO)
    02 - Opick - Allahu Akbar
    03 - Opick - Andai Waktu Memanggil
    04 - Opick - DenganMu Aku Tenang
    05 - Opick - Sholawat Muhammad
    06 - Opick Feat Ingrid FLO - Pengakuan (I'Tiraf)
    07 - Opick Feat Dian FLO - Dunia Tanpa Cinta-Nya
    08 - Opick - Tiada Duka Yang Abadi
    09 - Opick - Nyanyian Sepi
    10 - Opick - Istighfar

Wednesday, August 10, 2011

AZ PRODUCTION

Em, apa AZ PRODUCTION ni ek?? xpenah dengar je.. haha, sebab nama ni baru dicipta sempena nama ummi dan abah aku.. setakat ni tak tahu lagi kemampuan AZ PRODUCTION.. cuma boleh dikatakan ia berkaitan rapat dengan edit gambar, video or mungkin banner dan lain2 yang berkaitan dengan software komputer..



setelah beberapa siri video yang telah 'saja-saja' di  edit yang mungkin berjumlah 10 atau lebih, sekarang tibalah masa untuk lebih serius dengan tertubuhnya 'syarikat' ni..



A-Alijah; Z-Zakaria..  em, jadilah AZ.. video terbaru ialah video pertunangan kak Hanis dan abang Nizam.. video paling baik yang pernah dicipta oleh AZ PRODUCTION.. Penasihat 'syarikat' ni ialah abahku sendiri.. dia selalu memberi dorongan dan "angan"2 kepadaku.. haha.. terima kasih..



ok terima kasih semua yang menyokong sehingga tertubuhnya AZ PRODUCTION terutama my family..


Tetap dalam hatiku..

Blog ni mungkin terabai.. dah berusia 1 taun lebih kot tp xbyk yang berubah.. Mesti dia sedih sebab xselalu update.. xpe, kurang update xsemestinya xsayang.. haha.. bak kata orang "rileks sudah".. daripada orang yang xde blog tu, lebih baik ada.. post pon terpahapa je.. follower ttp sikit.. xpe2.. lepas ni akan cuba konsisten (ayat sama je cam taun lepas) haha.. ok, Xyah merajuk eh..

sekarang sedang research penyanyi popular Indonesia "Opick" - tunggu post yang akan datang..

Monday, August 1, 2011

Ramadan tiba lagi!!


Tiba-tiba rasa macam nak sangat berubah menjadi yang lebih baik.. Datangnya Ramadan kali ni memberi seribu satu makna. Peluang menyambut Ramadan kali ini terasa lainnya. Apa taknya, masa lapang yang amat luas untuk beribadat sepanjangkan bulan yang sangat barakah ini sebelum masuk kembali ke universiti lepas raya ni. Tidak disibukkan dengan komitment kerja, pelajaran malah keluarga InsyaAllah banyak masa dapat diluang bersama Ramadan..

Saturday, July 2, 2011

Tempat Isra' Nabi dirampas!!


Pagi ni dapat surat. Jarang sekali surat ditujukan kepada Muhammad Zahid Zakaria sampai di rumah. Bila dibuka sampul, tertulis disitu "Pemohonan Penangguhan PLKN anda DILULUSKAN". Alamak, PLKN lagi..  ingat dorang dah tak ingat dah. Orang kata lepas belajar dan kerja pon kene gak pi PLKN. Em, best ke PLKN ni?? 

Khutbah Jumaat. (gambar amik kat google)

Masjid Kampong SG Rokam, Khutbah Jumaat hari ni menceritakan tantang keimanan kita terhadap peristiwa Israk dan Mikraj Nabi serta mengingatkan kepada ahli jemaah bahawa suatu hari nanti BAITULMAQDIS dan seluruh dunia akan dapat dikuasai kembali oleh islam dari cengkaman Zionis. InsyaAllah..
Berpeluh jugak tadi berlari, huh huh

Petang tadi sempat juga pergi joging di Padang Polo bersama rakan lama. Mohd Luqman Mokhtar adalah rakanku sejak bersekolah rendah lagi. Dahulu tinggal di Manjung,Perak sekarang sama-sama menetap di Ipoh. Seronok dapat sembang ngan kawan lama, lepas ni ingat nak jumpa yang lain pulak.

Kuliah maghrib hari ni disampaikan oleh Ustaz Rosman (tau pon nama). Ustaz ni nampak tegas sikit tapi selalu senyum. :).. "Agama itu nasihat, para sahabat bertanya, untuk siapa?? jawab Rasulullah: untuk Allah, kitabnya, rasulnya, pemimpin, dan masyarakat awam." (riwayat muslim) - hadis ni lebih kurang, jadi sila rujuk kitab hadis sahih muslim. Nasihat ni merupakan satu perbuatan yang membolehkan manusia berkomunikasi dalam kehidupan. Ad-din sendiri beerti cara hidup yang lengkap. Jika seluruh umat manusia menjadikan nasihat itu sebagai satu program yang penting dalam islam, maka berkuranglah fitnah dan dosa-dosa yang lainnya. Fitnah sekarang berleluasa dan tidak dapat dikawal seperti melalui surat khabar dan televisyen. Medium ini perlu dikuasai oleh muslim yang sejati supaya dapat mempengaruhi penonton dengan ajaran islam yang benar. Contoh fitnah yang mengelirukan umat islam ketika ini ialah isu couple, dan penutupan aurat yang sering ditayangkan dalam majoriti rancangan di tv.

Rasulullah menganjurkan umat islam memberi nasihat mengikut kesesuaian. Bantulah saudaramu yang dizalimi dan menzalimi (iaitu bawanya kepada jalan yang benar)

.....