Pages

Saturday, July 2, 2011

Tempat Isra' Nabi dirampas!!


Pagi ni dapat surat. Jarang sekali surat ditujukan kepada Muhammad Zahid Zakaria sampai di rumah. Bila dibuka sampul, tertulis disitu "Pemohonan Penangguhan PLKN anda DILULUSKAN". Alamak, PLKN lagi..  ingat dorang dah tak ingat dah. Orang kata lepas belajar dan kerja pon kene gak pi PLKN. Em, best ke PLKN ni?? 

Khutbah Jumaat. (gambar amik kat google)

Masjid Kampong SG Rokam, Khutbah Jumaat hari ni menceritakan tantang keimanan kita terhadap peristiwa Israk dan Mikraj Nabi serta mengingatkan kepada ahli jemaah bahawa suatu hari nanti BAITULMAQDIS dan seluruh dunia akan dapat dikuasai kembali oleh islam dari cengkaman Zionis. InsyaAllah..
Berpeluh jugak tadi berlari, huh huh

Petang tadi sempat juga pergi joging di Padang Polo bersama rakan lama. Mohd Luqman Mokhtar adalah rakanku sejak bersekolah rendah lagi. Dahulu tinggal di Manjung,Perak sekarang sama-sama menetap di Ipoh. Seronok dapat sembang ngan kawan lama, lepas ni ingat nak jumpa yang lain pulak.

Kuliah maghrib hari ni disampaikan oleh Ustaz Rosman (tau pon nama). Ustaz ni nampak tegas sikit tapi selalu senyum. :).. "Agama itu nasihat, para sahabat bertanya, untuk siapa?? jawab Rasulullah: untuk Allah, kitabnya, rasulnya, pemimpin, dan masyarakat awam." (riwayat muslim) - hadis ni lebih kurang, jadi sila rujuk kitab hadis sahih muslim. Nasihat ni merupakan satu perbuatan yang membolehkan manusia berkomunikasi dalam kehidupan. Ad-din sendiri beerti cara hidup yang lengkap. Jika seluruh umat manusia menjadikan nasihat itu sebagai satu program yang penting dalam islam, maka berkuranglah fitnah dan dosa-dosa yang lainnya. Fitnah sekarang berleluasa dan tidak dapat dikawal seperti melalui surat khabar dan televisyen. Medium ini perlu dikuasai oleh muslim yang sejati supaya dapat mempengaruhi penonton dengan ajaran islam yang benar. Contoh fitnah yang mengelirukan umat islam ketika ini ialah isu couple, dan penutupan aurat yang sering ditayangkan dalam majoriti rancangan di tv.

Rasulullah menganjurkan umat islam memberi nasihat mengikut kesesuaian. Bantulah saudaramu yang dizalimi dan menzalimi (iaitu bawanya kepada jalan yang benar)

.....

Semata-mata kerana ALLAH dan RasulNYA