Pages

Tuesday, September 6, 2011

"1/3 = ibadat, 1/3=bekerja, 1/3=mencari ilmu" - Imam Syafi'ie.

Assalamualaikum, Marhaban ya Syawal !!!

Bagaimana dengan amalan kita sepanjang bulan Ramadhan yang lepas?? Ha.. Jangan asik nak beraya sakan aja, tapi renung-renungkan bagaimana keberkesanan 'Universiti Ramadhan' mengajar kita untuk terus survive hari-hari mendatang. Ingat selepas ini perlu kita tunaikan puasa sunat selama 6 hari di bulan Syawal kerana pahalanya seperti berpuasa setahun. WOW.. banyaknya... hehe, jadi jangan lepaskannya..

Aku bukanlah ulama' tapi muslim.. :) So, tidak kira kita bangsa apa sekalipun, jika kita sudah bernama seorang islam maka hendaklah beramal dengan islam iaitu syariat Allah. Pada pandangan akulah, islam mempunyai satu cara hidup yang sangat unik kerana ia selari dengan tuntutan fitrah manusia serta tuntutan Allah tentunya. Yang menjadi persoalan sekarang adalah apakah aktiviti basic yang perlu dilakukan oleh setiap orang yang bernama 'muslim' iaitu orang kebanyakan.

Meh tengok research aku (mengikut ilmu yang ada sekarang)


1. Tarbiyah yang paling sukar adalah menunaikan Qiamullail...

2. Rasullullah berpuasa sunat sekurang-kurangnya 3 hari sebulan..

3. Rasullullah menyarankan khatam membaca Al-Quran sekurang-kurangnya 1 kali sebulan..

1128. Dari 'Abdullah bin 'Amru bin 'Ash r.a., katanya: "Aku puasa sepanjang masa dan menamatkan Quran setiap malam. Mungkin perbuatanku itu dilaporkan orang kepada Nabi s.a.w. atau mungkin juga beliau menyuruh orang memanggilku supaya aku datang kepada beliau." 


Setelah beliau kudatangi, maka beliau bertanya kepadaku, " Betulkah apa yang diceritakan orang kepadaku bahwa engkau puasa sepanjang masa dan menamatkan bacaan Quran sepanjang malam?" Jawabku, "Benar, ya nabiyallah. Tidak ada maksudku berbuat demikian melainkan hanya untuk kebaikan. "


 Sabda Rasulullah s.a.w., " Sesungguhnya sudah cukup jika engkau puasa tiga hari dalam sebulan." Jawabku, " Ya Nabiyallah ! Sesungguhnya aku sanggup lebih dari itu, "Sabda beliau, " Engkau punya kewajiban terhadap isterimu, terhadap tamu-tamumu, dan terhadap dirimu sendiri.


 Karena itu puasalah seperti puasa nabi Daud a.s., karena belaiu adalah orang yang paling taat beribadat." jawabku, " Ya Nabiyallah! Bagaimanakah puasa Nabi Daud itu?" Jawab beliau, "Dia puasa sehari dan berbuka sehari." Dan sabda beliau selanjutnya. " dan tamatkanlah Quran sekali sebulan. " 


Jawabku, " Ya Nabiyallah! Aku sanggup lebih dari itu. " Sabda beliau, " Tamatkanlah dua puluh hari sekali!", Jawabku Ya nabiyallah! Aku sanggup lebih dari itu. " Sabda beliau, " Tamatkanlah sepuluh hari sekali!", Jawabku, Ya Nabiyallah! Aku sanggup lebih dari itu. " 


Sabda beliau, " tamatkanlah sekali seminggu dan jangan lebih dari itu, kerana engkau punya kewajiban terhadap isterimu, terhadap tamu-tamumu, dan terhadap dirimu sendiri." Aku berasa keberatan. Lalu bersabda Nabi s.a.w. kepadaku, "engkau belum tahu; mudah-mudahan engkau panjang umur." Kata 'Abdullah, "Ketika aku telah mencapai usia lanjut seperti yang dikatakan Rasulullah s.a.w., aku menyesal kenapa tidak kuamalkan kelapangan yang diberikan Nabiyallah s.a.w" (Hadis Muslim)

4. Rasulullah menyuruh umat islam pergi menunaikan solat jamaah bagi solat fardhu...

609. Dari Abu Hurairah r.a., katanya : "Pada suatu ketika Rasulullah s.a.w. melihat sedikit orang shalat berjamaah. Kerana itu beliau bersabda: " Inginlah aku rasanya menyuruh seseorang mengimami shalat berjamaah (menggantikanku), kemudian aku pergi mencari orang-orang yang tidak datang berjamaah, sesudah itu kusuruh bakar rumah-rumah mereka dengan ikatan-ikatan kayu bakar. kalaulah mereka tahu betapa besarnya pahala yang akan mereka peroleh, niscaya mereka akan mendatanginya." (Hadis Muslim)

5. Solat sunat di rumah

750. Dari Jabir r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda : "Apabila kamu telah melakukan shalat (wajib) di masjid, maka kerjakan pulalah shalat (sunat) di rumah, kerana dengan itu Allah akan menjadikan rumah itu bahagia." (Hadis Muslim)

6. Hassan Al-Banna menyarankan zikir berbentuk Al-Ma'thurat yang sentiasa diamalkan oleh Rasulullah setiap pagi dan petang....

7. Al-Waqiah yang dibaca setiap hari mengelak seseorang daripada jatuh miskin...

8. Al-Mulk yang dibaca setiap hari mengelak seseorang daripada ditipu oleh dajjal dan menjadi teman di alam kubur...

9. Solat dhuha merupakan antara satu kaedah untuk murah rezeki...

10. Istirehat dapat mencergaskan diri untuk beribadat(bekerja) pada siang hari..





CONTOH AKTIVITI HARIAN
(bersama kiraan minima tempoh masa)

Qiamullail  (30minit)

-SUBUH- (10 minit)

+ Al-Ma'thurat  (10minit)
+ 4m/s alquran  (12minit)
+ Solat sunat dhuha  (3minit)

-ZOHOR-  (10minit)

+ 4m/s alquran  (12minit)

-ASAR-  (10minit)

+ Al-Ma'thurat  (10minit)
+ 4m/s alquran  (12minit)

-MAGHRIB-  (10minit)

+ 4m/s alquran  (12minit)

-ISYA'-  (10minit)

+ 4m/s alquran  (12minit)
+ Alwaqia'ah dan Almulk  (30minit)

Tidur (5jam)

Kiraan Masa:


1. solat jemaah = subuh + zohor + asar + maghrib + isya'
                       = 10minit x 5
                       = 50minit


2. baca quran  = 1 Juz
                       = 20 m/s
                       = (4m/s x 5)
                       = 12 minit x 5
                       = 60 minit
                       = 1 jam


3. Qiamullail   = 30 minit


4. Al-Ma'thurat = 2 x 10 minit
                        = 20 minit


5. Dhuha = 3 minit


6. Tidur = 5 jam


7. Al-Mulk dan Al-Waqi'ah = 30 Minit


8. Solat Sunat qabliah dan ba'diah = 3 minit x 7
                                                    = 21 minit


TOTAL = 50 minit + 1 jam + 30 minit + 20 minit + 3 minit + 5 Jam + 30 minit + 21 minit
             = 6 Jam + 154 Minit
           
              = 8 Jam 34 Minit


Baki Masa = 24 Jam - 8 Jam 34 Minit
                 = 15 Jam 26 Minit


11. Amalan Secara Tetap

755. Dari 'Aisyah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. pernah ditanya orang :" Amal yang bagaimanakah yang disukai Allah?" jawab beliau, "amal yang dikerjakan secara tetap." (hadis muslim)

Mungkin tulisan kali ini berat sedikit atau mungkin lebih ringan.. Tapi terpulang kepada anda kerana anda lebih tahu keperluan anda sendiri, tapi pada pandangan aku ini semua keperluan hidup aku.. Tidak kira bagaimana kita beramal, kita mestilah bersandarkan kepada Allah bukan untuk redha sesuatu makhluk..

Wallahua'lam... selamat beramal :)

2 comments:

  1. nice entry. blh buat jadual lebih tersusun.~
    arigato'

    ReplyDelete
  2. masyaallah..sgt ringkas dan padat entry ni..senang faham aid. kipidap! teruskan menulis ilmu2 yg aid tahu. insyaallah akan jd amal jariah jika org baca dan amalkannya

    ReplyDelete