Pages

Tuesday, December 25, 2012

Peperiksaan Akhir semester 5

Peperiksaan akhir semester 5 ni bagi pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia seluruh UiTM akan bermula 4 Januari 2013 termasuklah diri aku.

Bawah ni subjek yang kitorang amik:-

Subjek Semester 5

Ni jadual periksa kitorang:-

4 Januari 2013  - Industrial Relations
7 Januari 2013 - Strategic Management
11 Januari 2013 - Change and Organization Development
14 Januari 2013 - Compensation and Benefits
18 Januari 2013 - Performance Management
21 Januari 2013 - Research Methods

Semester 6 pulak kitorang perlu pergi keluar praktikal di mana-mana industri selama 4 bulan lebih iaitu dari 4 Februari 2013 hingga 21 Jun 2013 dan akan diuji dengan viva seminggu selepas tu mengikut supervisor-supervisor masing-masing. Lepas habis praktikal masing-masing kene barsaing untuk dapatkan kerja. huhu..

Harap lulus semester ni. Tak naklah repeat.. 


Tuesday, November 6, 2012

Hati-Hati

Melihatkan jam sudah pun pukul 5.00 petang aku segera bergegas menghidupkan enjin motor. Aku teringatkan janjiku terhadap makcik untuk datang ziarah beraya di rumahnya pada pukul 6.00 petang ini. Walaupun jarak antara Meru dengan Tambun tidaklah jauh sangat, kawasan Ipoh juga tapi ia memakan masa. 

"Macam mana? Hang jadi pergi sekali tak?", ujarku kepada rakan sekelasku, Asnida.

"Tak bolehlah. Mak aku tak bagi. Kirim salam jelah kat makcik ngan pakcik ye.", jawab Asnida.

"Orite!", balasku. 

Sebelum bergerak ke Tambun, aku dijemput ke rumah terbuka di rumah kakak Asnida di Meru berdekatan dengan pusat membeli belah Mydin. Aku dijamah dengan bihun goreng dan kuih yang dibuatnya sendiri katanya lah. Tapi boleh tahan jugak masakan dia. Ramai-ramai kawan kelas dia, aku dengan Zohrin je yang berkesempatan datang raya rumah dia. Jadi banyaklah makanan yang tak habis. 

Aku singgah ke Mydin terlebih dahulu untuk beli kuih raya ala-ala buah tangan. Segan kalau tak bawak apa-apa pergi ke rumah orang. Keadaan cuaca makin mendung. Risau jugak kalau-kalau hujan turun. Aku teruskan perjalanan melalui jalan High-Way Ipoh menuju ke susur keluar Tambun. Masih aku ingat jalan ke rumah makcik dan pakcik kerana kerap juga pergi setelah satu 'peristiwa hitam'. 

Sampai sahaja di rumah, aku berikan salam. Aku disambut oleh makcik dan pakcik serta anak bongsunya. Maka aku pun hulurkan kuih raya yang baru dibeli tadi kepada mereka dan kami pun masuk dan duduk di meja makan. Atas meja tu aku lihat banyak kuih dan maruku.

'Makcik ni biasa buat kuih raya sendiri, tapi tahun ni tak larat. Ni yang atas meja ni pun banyak orang bagi. Maruku tu makcik buat pun sebab orang tempah. Orang kat sini suka tempah kat makcik.' terang makcik kerana perasan aku melihat kuih-muihnya.

'Oh, yeke', jawabku ringkas sambil tersenyum. Aku jenis yang tak tahu bawak bersembang. Orang kata cakap 5 patah jawab 1 patah je. 

'Sebelum terlupa, saya nak sampaikan salam kawan-kawan saya dan keluarga saya kepada keluarga pakcik'

'Waalaikumsalam'.

Kami bersembang sambil makan bihun sup masakan makcik. Mereka ingin berpindah secara berperingkat ke Parit Buntar kerana di sana adalah halaman kampung mereka. Ramai sanak saudara disana. Oleh faktor kerja dan menunggu waktu pencen, maka mereka berkeputusan untuk tinggal di Ipoh untuk beberapa bulan lagi. 

Puas bersembang, aku pun beransur pulang. Teringat pula solat Asar belum lagi didirikan. Nak minta solat di rumah mereka segan. Maka memecutlah aku dengan motosikal Yamaha Lagenda 110z bewarna hijau tu. Pada kiraan aku, perjalanan dari situ ke rumahku Sg Rokam adalah lebih kurang 20 minit juga. 

Hujan pada waktu ni telah pun turun dengan renyainya. Masa makin suntuk. Jarum meter semakin naik dari 60, 80 KM/jam. Orang kata malang tak berbau. Lampu isyarat di hadapan seakan-akan tidak pernah muncul di pandangan tiba-tiba muncul. Mungkin aku berangan atau sedang fikirkan solat yang aku tidak laksanakan tadi. Lampu isyarat sedang berlampu merah. Jarak motosikal dengan lampu isyarat lebih kurang 10 meter. Dengan jalan yang licin serta tidak diturap (permukaan jalan digantikan dengan batu bata) maka aku sedaya upaya untuk menghentikan kenderaanku. 

Aku praktikkan apa yang diajar semasa ambil lesen memandu dahulu. Perkara basic orang kata. Mula-mula lepaskan pedal tangan lepas tu tekan brek kaki. Last sekali baru tarik brek tangan. Masa tarik brek tangan tu mulalah motosikal jadi tak stabil. Akibat terlalu licin, motosikal yang aku tunggang tu jatuh. Jatuh ke sebelah kiri dan aku pun terpelanting ke depan sementara motosikalku di belakang. Ahh, jatuh lagi. Aduyainye pon. 

Masa ni teringat pulak masa jatuh kali pertama berlanggar dengan kereta mewah. Masa ni tak risau pada diri sendiri tapi risau sangat dengan keadaan kereta yang kene langgar tadi. Kalau calar berapa lah nak kena bayar. Tak mampu aku nak membayarnya. Brek suma makan, keadaan jalan kering tak hujan tapi akibat laju memotong kat jalan sempit, tambah lagi kereta dengan tiba-tiba masuk lorong kanan maka takdirnya berlanggarlah aku dengan kereta tu. Walaupun wanita tu kata dia beri lampu isyarat, aku rasa kat dalam dunia ni tak ada sapa leh elak sebab jarak motosikal aku ngan kereta tu memang rapat. Waktu tu aku bernasib baik sebab sempat menghentikan motosikal. Jatuh sebab langgar tempat letak kaki belah kiri dengan pintu kanan kereta. Tempat letak kaki aku yang bengkok sedangkan kereta tu tak ada bengkok apa-apa walau calar pun. Nampak tak betapa kerasnya dan kualitinya kereta tu. Nasib aku baik hari tu sebab tak perlu ganti apa-apa. 

Kabomm.. Aku berpusing-pusing. Buah-buahan yang makcik bagi tadi bertaburan. Telefon bimbit dan selipar sebelah melayang jauh. Aku berasa segan sewaktu itu kerana jatuh di tengah-tengah lampu isyarat dilihat oleh orang ramai melihat 'aksiku' berguling. Aku bingkas bangun dan mendapatkan motosikal kepunyaan abangku. Ku lihat cermin belah kirinya pecah dan tempat letak kaki kirinya bengkok dan getahnya haus bergeser dengan jalan tadi. Seorang berbangsa India membantuku mengalihkan motosikal.

'Free kan dahulu gearnya, freekan... ', ujarnya. Aku kenal orang ini. Dialah yang menunggang motosikal disebelahku tadi membawa motosikal jenis Honda 'kepala bulat' 70cc bersama isterinya. 

Kereta di belakang membunyikan hon sebagai tanda perihatinnya seakan-akan bertanya ok ke tidak? Aku melambaikan tangan sahaja. Isteri penuggang motosikal berbangsa India tadi mengutip buah-buahan dan telefonku tadi dan berikan kepada aku. Enjin yang mati aku hidupkan semula. Ternyata enjinnya masih elok. 

Hujan masih renyai. Aku segera ke petronas beberapa meter di hadapan. Aku dapatkan paip di tepi kedai petronas dan membasuh luka-luka yang ada. Dengan keadaan terhincut-hincut dan kesakitan, aku gagahkan berjalan masuk ke dalam kaunter dan membeli 10 plaster bewarna coklat. Kemudian aku terus ke surau menampal segala luka supaya darah tidak mengalir. Seluar yang terkoyak aku gantikan dengan kain pelikat surau. Wudu' pun selesai diambil dan aku terus menunaikan kewajipan solat asar rukun islam yang kedua. Selang beberapa minit masuk waktu maghrib dan aku solat lagi. 

Hujan semakin lebat. Hari semakin gelap. Aku sarungkan jaket yang ada diatas bakul motosikal dan aku terus membonceng menuju ke rumah tapi kali ini dengan kelajuan 50-60 KM/jam. Trauma dibuatnya takut jatuh balik. 

Dua minggu berlalu barulah luka-luka makin sembuh. Luka di tangan, bahu, kaki dan lutut tidak sakit lagi. Banyak pengajaran yang aku dapat atas kemalangan yang menimpa aku. Apabila memandu di waktu jalan licin, usahlah bawa laju kerana mudah untuk kenderaan 'menggelonsor' walau sedaya upaya mengawal keadaan yang tidak stabil. Kalau nak memotong pula tidak usahlah tergesa-gesa. Kalau keadaan selamat baru buat potongan. Jangan potong ketika tidak pasti akan keadaan hadapan dan arah bertentangan dengan kenderaan yang hendak dipotong. Pastikan keadaan sekeliling benar-benar selamat dan hal ini penting untuk menjaga nyawa kerana nyawa sangatlah beharga. 

Maka bersabarlah ketika memandu :)

Friday, July 13, 2012

Exam Sem 4

Alhamdulillah...

Subjek Sem 4

Akhirnya peperiksaan akhir semester 4 dah pon selesai. Syukur sangat. :)

Cuma ada beberapa perkara yang sangat merisaukan waktu ni. Daripada 6 paper yang jawab aritu, 1 paper je rase konfiden boleh score, tu pon paper CTU. Huhu.. Subjek yang utama 4 credit hour tu xbole  nak score rasenye. Banyak lopong. Same je dengan 3 credit hour punya subjek. Risau pulak nanti result kuar. Lulus ke tak. ntah la. Kalau ikutkan dulu-dulu punya periksa zaman sekolah xde camni. Dulu fikir dapat A ke tak? Sekarang berbeza sungguh!! mungkin perangai yang makin malas ni kot jadi camni. Baru aku rase perasaan orang yang xbole buat exam dengan baik.

Apapun lepas ni ambil pengajaran dan yang boleh aku buat sekarang hanya tawakal supaya result aku sem ni xteruk.

Kalau kita pandang dari sudut lain, secara umumnya, peperiksaan ini bertujuan untuk menilai seseorang. Sama juga kita yang hidup di dunia ni. Kita akan dinilai oleh Allah di akhirat kelak. sama juga situasinya dengan peperiksaan yang sering kali kita hadapi sebagai seorang pelajar. Mesti ada persoalan dibenak hati kita apakah keputusan peperiksaan kita itu lulus atau pun tidak? Dunia adalah tempat untuk kita beramal ibadah, seperti yang diperintah oleh Allah tujuan kita hidup didunia ini hanyalah kerana mencari keredhaan Allah dan beribadat kepada Allah semata-mata. Persoalannya, adakah kita lulus dengan ujian ini? Tepuk dada tanya iman anda. Berapa banyak ibadah yang ikhlas anda lakukan kerana Allah? Apakah keputusannya di akhirat kelak? 

Kalau SPM dulu nak lulus kene refer buku teks. Kalau nak cemerlang kene pegi tuisyen dan banyakkan latihan. Kalau nak jadi yang terbaik kene banyak membaca rujukan tambahan dan aktif dengan persatuan serta akademik tidak terabai. Sama juga di akhirat kelak yang mana SOLAT itu adalah ibadah yang pertama yang dihisab. Kalau tak buat maka tidak lulus. Kalau nak cemerlang, kene RUJUK AL-QURAN dan AS-SUNNAH, kalau nak jadi yang terbaik, perlulah menambah ibadah dengan ibadah sunat. Mati Syahid adalah bonus untuk ke syurga Allah.

Exam. kat mana-mana pon ada exam. Bukan kat dunia aje, tp akhirat pon xterlepas. so jgn elak exam. :)

Semoga Jumpa Sem 5, xsabar nak tebus balik untuk sem ni yang teruk. InsyaAllah.

Thursday, July 12, 2012

Kotak Hati by Hujan


Lagu Hujan memang minat aku selain lagu Opick. Aku minat main gitar sebenarnya. Lagu yang aku pernah main lagu Opick cam 'Alhamdulillah' dengan 'Rapuh'. Lagu Hujan satu aja 'Bila Aku Sudah Tiada' dan sekarang baru habis belajar lagu 'Kotak Hati'. Hehe.. Sikit je lagu boleh main walaupun dah bertahun pegang gitar. Slow learner la katakan. :P

Kotak Hati - Hujan


Lirik Lagu:

....

Tak usah kau terangkan ku tahu
potret wajahmu di setiap penjuru
curahkan deritamu padaku
biarku rasa apa yang kau lalu

Terang terang
bersama rasa sayang
ku biarkan kau terbang
terang terang
sudut kecil ku isi
untuk senyuman mu lagi

Berbaring renung kita ke bulan
lagu yang ku tulis ku nyanyikan
lagu cinta tentang kita berdua
yang kan kita kenangi hingga tiba masa

Terang terang
bersama rasa sayang
ku biarkan kau terbang
terang terang
sudut kecil ku isi
untuk senyuman mu lagi

Mimpi mimpi
yang tak kembali
aku janji
janji takkan pergi  (2x)

....

Tak usah kau terangkan ku tahu
potret wajahmu di setiap penjuru
curahkan deritamu padaku oooo
biarku rasa apa yang kau lalu

Terang terang
bersama rasa sayang
ku biarkan kau terbang
terang terang
sudut kecil ku isi
untuk senyuman mu lagi

Mimpi mimpi
yang tak kembali
aku janji
janji takkan pergi (2x)

Selamat Hari Lahir

Dengan kesempatan ni Aid nak ucapkan selamat hari lahir kepada Khairun Najwa Binti Zakaria, kak wa saya, hehe.. Tanggal 12/7/12 hari khamis maka genaplah umur kakak aku ni kepada 24 tahun. Macam-macam dah dia buat sampai sekarang boleh dikatakan seorang yang berjaya. Tahniah-tahniah. :)

Nah kek sebijik
Semoga panjang umur dan hidup bahagia selalu di dunia dan diakhirat, amin..

Thursday, May 24, 2012

Bulan Rejab..





Bulan Rejab merupakan salah satu dari bulan-bulan Haram di dalam Islam. 

Allah berfirman, ”Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana merekapun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa.” (QS At-Taubah: 36)

Bulan Haram yang dihormati itu ialah: Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab. 

Umat Islam dilarang berperang dalam bulan-bulan ini kecuali jika mereka diugut. 

Al Allamah Ibnu Hajar menulis, telah meriwayatkan oleh Abi Daud bahawa Nabi (صلى الله عليه وسلم) memandubkan (yakni SUNAT) berpuasa di bulan-bulan Haram.

Berpuasa dalam bulan Rejab adalah digalakkan tetapi tiada satu hadis sahih yang membuktikan bahawa berpuasa pada hari-hari tertentu dalam bulan Rejab akan mendapat ganjaran istimewa.

Diriwayatkan daripada Sayyiduna Anas bin Malik رضي الله عنه beliau berkata: Adalah Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم apabila telah masuk bulan Rejab, Baginda صلى الله عليه وآله وسلم berdoa: Ya Allah Ya Tuhan kami, limpahilah berkat kepada kami pada bulan Rejab dan Sya’ban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan. (HR Imam Ahmad, ath-Thabarani dan lain-lain 

Thursday, May 10, 2012

DIMENSI KESENIAN ISLAM

Assalamualaikum kepada semua warga UiTM Perak & warga PERAKians...

Program : DIMENSI KESENIAN ISLAM
Tarikh : 9-10 JUN 2012
Tempat : Fakulti Pengurusan Perniagaan

Aktiviti :

Kursus Kahwin (penyertaan UiTM shj)
Kursus Pengurusan Jenazah, Kursus Penyembelihan (terbuka utk orang ramai), Pertandingan Nasyid (terbuka),
Pertandingan Tilawah Al-Quran,
Pertandingan Debat (IPT),
Busana Muslim & Muslimah (UiTM shj),
Pertandingan Adik Azan & mewarna (sekolah rendah & kanank2 shj),
Pertandingan Tulisan Khat
PAMERAN Islamik, gerai2
dan

acara kemuncak Ceramah "Surat Cinta Allah",
penceramah jemputan: Ustaz Fauzi (Al-Kuliyyah).

*Semua aktiviti Kursus & Pertandingan akan diberikan sijil.
MAI LA... MAI LA... Dtg beramai2! :)

"AL-QURAN TUNJANG AGAMA"

Tuesday, April 17, 2012

Harapan Tinggal Kenangan Pahit. (PART 1)

Post kali ni mengenai satu cerita lampau aku. Banyak kisah suka duka aku waktu tu yang tak mudah aku lupakan.



Hafiz. Tulah ungkapan yang sering aku dengar dari bibir seorang ibu dan ayah. 'Ummi nak ada antara anak ummi  ni yang tahfiz Quran'.'Seronok tengok kawan ummi tu anak-anak dia semuanya pergi sekolah tahfiz dan ramai jugak yang dah tahfiz'. Ujar ayahku, 'tengoklah anak-anak abah ni semua abah masukkan sekolah tahfiz tapi semunya tak menjadi' 'Abah kalau boleh nak anak-anak abah ni ada pelajaran sains termasuk hafaz quran, sebab kedua-duanya penting'. Sekarang tinggallah aku dan adikku untuk memikul tugas ini sebab abang-abangku dan kakak-kakak ku 'tewas' di pertengahan jalan. Tidak boleh mempersalahkan mereka, sebab mungkin bukan rezeki mereka.



Aku dengan tekad mahu menjadi tahfiz supaya dapat memenuhi permintaan kedua orang tuaku. Pertama sebab orang yang tahfiz boleh memberi kelebihan membawa 10 orang masuk ke syurga. Keduanya, aku tak pernah menyumbang apa-apa pada keduanya dan ini mungkin peluang aku untuk berjasa. Harapan menjadi tahfiz seakan-akan terbuka buatku apabila tawaran pergi temuduga ke Darul Quran dibuka. Waktu itu aku sedang belajar di SBPI Gopeng. Ingat lagi di benak fikiranku, waktu itu ibu dan ayahku beria-ia mahuku pergi sehinggakan mereka yang memenuhkan semua borang pendaftaran tu. Apa tidaknya, Darul Quran adalah tempat yang termasyhur di Malaysia ini dengan dijamin pendidikan di UIA kelak selepas menjadi tahfiz. Tambahan pula elaun bulanan turut diberikan kerana ditaja oleh kerajaan.



Temuduga tu dibuat selepas keputusan percubaan SPM keluar. Result percubaan masa tu agak teruk. 2A je. aku dengar nak masuk DQ mesti sekurang-kurang 5A. Mase tu dah rase macam tak ade harapan. Tapi sokongan dan dorongan ibu dan ayahku, aku tetap pergi. Tempat temuduga tu dekat SA Izzuddin. Ingat lagi waktu semua pergi dengan bas, aku je ibuku hantar ke sekolah tu mungkin nak beri semangat.

BERSAMBUNG....

Wednesday, April 4, 2012

Bertambahnya tanggungjawab..

Setiap manusia akan dipertanggungjawabkan setiap apa yang dilakukan dan diamanahkan.. itulah hukum Allah.. kita semua tak akan terlepas dari itu sebenarnye.. daripada tanggungjawab seorang anak, pelajar, dan seorang muslim, sekarang aku ditambah pula dengan tugasan baru.. leadership dan soft skill y serba kekurangan ini menyebabkan aku terasa sgt payah utk memikul tugas baru ku ini.. kalau dahulu agak mudah, ada je masalah y tidak bole diselesaikan aku tinggalkan di belakang tanpa apa2 penyelesaian. ak akan terlalu pressure sekiranya sesuatu masalah itu dtg dan ak rase tiada solutionnya.. kadang2 aku mnjadi stress dan demem dibuatnye.. 

B'HURES persatuan yang aku pegang sekarang.


Mungkin dengan mendapat tugas y ak anggp menyusahkan ini ak bole memperbaiki kelemahan ak ni.. setiap perkara pasti ada hikmahnya. kadang2 apa y kita fikir terbaik utk kita bole jd tidak baik utk kita dipandangan Allah, dan bole juga apa y kita fikir buruk utk kita dipandang baik oleh Allah,, Allah maha mengetahui sebenarnya apa y terbaik.. sbb dia pencipta kita.. 

aku bersama Penyelaras Program HRM ketika  program ukhwah baru-baru ni


Tugas baru y ak maksudkan  itu adalah menjadi Presiden utk persatuan kos ak.. agak besar juga kiranya persatuan ini tambah2 lagi kos pengurusan sumber manusia adalah antara skuad elit sesuatu syarikat kelak terkenal dgn soft skill yang tinggi dan keterampilan yang disanjung.. mungkin dahulu ak cuba lari daripada masalah ni. tidak yakin dengan kemampuan diri.. bayangkan sebelum ni pon tidak pernah pon handle buat prog n join aktiviti2 besar, skang trus jadi pres.. ak rase sgt takut n mahu letak saja jaw ni.. mungkin dorongan membe2, keluarga n pensyarah2, aku cuba kuatkan semgt.. Pensyarahku Pn Nisak katenye "if u think negative, it will negative matter, come on think it positive side!". ak trus tukar decisionku.. 

Beri ucapan dengan gugupnye sambil membaca,, huhu..


sejak itu kehidupanku berubah sama sekali.. klu dlu hanya memikirkan hal sendiri dan keluarga dan agama, sekarang perlu memikirkan hal manusia, bagaimana perasaan dorang, apa y dorang nak, lepas tu kdg2 meeting smggu smpai ade 3 kali, hampir tiap mggu pasti ade meeting.. nak belajar lagi.. kadg2 kene marah keje xsiap lah, nape x buat tu buat ni, bygkan klu suma bende kne fikirkan dalm satu masa. huhu.. 

sek ren seri at-taalim


dlu mase sek rendah ak ade rekod buruk, membe ak msti tau hal ni,, ak dlu dilantik ktua pgawas mase darjah 6 kat sri attaalim.. situasi masih sama cam aku skang mmgg sesuatu persatuan besar.. masa kepimpinan ak sgt2 teruk sehingakan org x kenal sape ketua pengawas, huhu,, sedihnye.. ak jd trauma n xnak pegang ape2 jaw lepas tu.. top top hari ni ak dilantik oleh mmbe2 ak jadi pres.. ak jadi sgt2 glabah n takut kejadian mase sek rendah tu berulang kembali.. (haha, nostalgia gila)..

Program pertama ak handle..

En Zairul beri ucapan perasmian penutup.


skang ak kene lebih tabah dan terus mara kehadapan.. kerana aku sebenarnya bukan dilantik oleh member2 aku, malah Allah jua y memilih ak dan Dia lebih tahu kemampuanku.. tp aku jugak teringatkan sepotong hadis mungkin maksudnya begini (tak igt): Allah tidak akan menarik ilmu daripada seseorang, tp mematikan ulamak2 (org y berilmu).. satu lagi hadis (pon xigt) lebih kurang maksudnya: akan ada zaman kamu akan melantik org2 y bukan ahlinya menjadi pemimpin (rendah ilmu agamanya), dan ak khuatir aku adalah antara org y disebutkan itu.. pemimpin y kurang ilmu agamanya tidak selayaknya berada diatas kerana setiap decision making pasti mengikut bagaimana ia berfikir berlandaskan al-quran dan sunah, jika salah, akan binasalah org bwhnya, klu btul caranya, maka turunlah Rahmat Allah..

trio hero malaya.. haha..


- thanks to family, membe2 n pensyarah2 y support.. sometimes we need to struggle to get something valued..

Tuesday, April 3, 2012

Permulaan yang baik...

Assalamualaikum..

permulaan baik kepada membe ak yang baru berjinak-jinak dalam menulis blog.. semoga rajin selalu mengupdate blognye spt 2 3 hari ni.. hehe.. membe aku ni namanye Husiiiiinnnn.. (ce cite ce cite) meh aku promote skit blog dia kat korang ek.. http://schoollover-usinz.blogspot.com/... follower baru 4 org termasuk ak, kehkeh.. (ak ape kurangnye :P) y sadisnya blog ni dia sign up mase dia umo17 (taun 2008) lagi tapi kosong je.. kehkeh.. bukan nk gelak la.. lawak sgt.. yang buat ak salute dia sbb 2, 3 hari ni dia byk update blog dia,, isi bagus n buat make up kat blog dia, dlu sepi sunyi cam ape tah.. (y tu ak ak puji, haha) ok gud luck la Husiiinnnn ye..

Friday, February 24, 2012

Maulidurrasul

Khutbah Jumaat
Tempat : Masjid Sungai Rokam, Ipoh
Khatib : Ustaz Abdul Mohsein bin Hj Badaruddin (*tiada gambar)

Ittaqullah, bertaqwalah kepada Allah sesungguhnya sebaik-baik pakaian adalah pakaian TAQWA

- sejarah sambutan maulid nabi; setelah 3 abad rasulullah wafat, seorang ulama tersohor (lupa nama dia) memulakan sambutan kelahiran nabi kerana pada waktu itu telah jauh dengan zaman Rasullullah, majlis itu diisi dengan aktiviti yang bermanfaat seperti membaca al-quran, bercerita tentang sirah nabi dan selawat.. jamuan makan pula terdiri daripada 5000 ekor unta dan beberapa lagi makanan (tak ingat jugak). sambutannya amat menggalakkan, dan selepas itu diikuti oleh daerah-daerah yang lain.

- telah ditulis nama nabi di arasy, (hadis qudsi); Nama nabi Muhammad telah ditulis oleh Allah di arasy sebelum mencipta nabi Adam a.s. tidak masuk syurga manusia melainkan umat Nabi Muhammad dahulu memasukinya. 

- (alqalam;4) ; akhlak nabi wajar diikuti kerana akhlaknya diiktiraf oleh Allah manusia yang mempunyai budi perketi yang agung.

- mengasihi Allah dan rasulNya lebih daripada segalanya. (hadis)


- (alahzab;40) ; ikutan manusia pada zaman ini adalah Rasullullah, 

*segala kekurangan silalah kritik kerana kritik itu adalah nasihat, dan nasihat menasihati antara satu sama lain antara muslim itu adalah amalan mulia, segala penambahan amat digalakkan kerana terasa kekurangan dalam penulisan kali ini.. terima kasih

Jom sama-sama kita tonton satu video yang agak popular sekarang iaitu Law Kaana Bainana :

Friday, February 17, 2012

IMAN TIDAK BOLEH DIWARIS

KHUTBAH JUMAAT

17 FEBRUARI 2012

MASJID KG SG ROKAM

DISAMPAIKAN OLEH USTAZ HJ YEOP SAIDIN

Ustaz Hj Yeop Saidin
Keamanan di negara ini perlulah dipelihara oleh setiap penduduk masyarakat. Ia juga perlu disyukuri kerana bukan mudah untuk mendapatkannya kerana ada sesetengah negara tidak dapat menikmati negara yang aman sepeti yang kita perolehi. Cara yang perlu dilakukan oleh masyarakat islam umumnya adalah dengan meningkatkan TAKWA dan IMAN. 

Keturunan bukanlah penjamin kepada pewaris untuk mendapatkan Iman dan Takwa. Malah sejarah telah mencatatkan bahawa sesetengah keluarga nabi dan rasul tidak mempunyai Iman yang setaraf. Sebagai contoh keluarga nabi Lut a.s yang mana anak-anak dan isterinya tidak beriman dengan Allah malah menentang dakwahnya. 

* Maaflah, khutbah ni tidak dicatat, maka hanya sedikit perkongsian sahaja. 

* Tambahan : Kesimpulannya disini walaupun kita mempunyai keturunan yang kuat agama dan disegani oleh masyarakat, bukanlah bermakna kita akan juga setaraf ilmu dan Iman mereka. Justeru kita perlulah berusaha dengan lebih gigih supaya terdapat kesinambungan keimanan dalam keluarga anda. 

Jom dengar nasyid :)

IMAN MUTIARA - RAIHAN



LIRIK NASYID:

Iman adalah mutiara
Di dalam hati manusia
Yang meyakini Allah
Maha Esa, Maha Kuasa


Tanpamu iman bagaimanalah

Merasa diri hamba padaNya
Tanpamu iman bagaimanalah
Menjadi hamba Allah yang bertaqwa



IMAN TAK DAPAT DIWARISI

Dari seorang ayah yang bertaqwa
Ia tak dapat dijual-beli
Ia tiada di tepian pantai



Walau apapun caranya jua

Engkau mendaki gunung yang tinggi
Engkau berentas lautan api
Namun tak dapat jua dimiliki
Jika tidak kembali pada Allah



Jika tidak kembali pada Allah

...

Tuesday, January 3, 2012

Final??

Rasa baru je masuk sem baru tapi dah nak final pun. 
Apa2 pun esok dah mula exam.. terbaek lah..

subjek sem ni ada 5 je:

1. QMT 425
2. FIN 533
3. MGT 538
4. MGT 534
5. HRM 537

dan subjek yang aku minat QMT sebab dia kira-kira. Theory ak lemah skit, tp boleh lagi bawak.



bittaufiqwannajah.. selamat menduduki exam wahai zahid oi.. 
keep it up, and dont give up :)