Pages

Sunday, October 16, 2011

Nikmat mata.. Syukurilah..

Assalamualaikum semua..


Ramai umat manusia sekarang tidak lagi mensyukuri nikmat yang diberikan oleh tuhan. Apa tidaknya, apabila diberikan tangan, mereka mencuri dan mengasari, apabila diberi mata, mereka melihat benda-benda yang haram, apabila diberi telinga, mereka mendengar umpatan.. 


Dalam satu hadis Rasulullah pernah mengatakan (maksudnya lebih kurang begini) : nikmat yang sering dilupakan manusia ada dua, iaitu nikmat sihat dan masa lapang.


Kenikmatan yang kita perolehi sekarang adalah milik Allah semata-mata. Dia boleh menarik nikmat itu bila-bila masa yang disukai olehNya. Kenikmatan tanpa kesyukuran tiada maknanya melainkan kita menggunakannya hanya kerana Allah semata-mata.


Rasulullah pernah bersabda, (maksudnya lebih kurang begini): sesungguhnya setiap amal itu bersandar kepada sesuatu niat......


Sesuatu amalan handaklah berkait dengan Allah. Jika tidak amalan itu tidak diterima. Apakah Allah menerima ibadah seseorang kerana selain daripadaNya?? Sekali-kali tidak. Kerana itu kita sentiasa dinasihatkan menyertakan niat kita ikhlas kerana Allah Taala. 


Pengalaman minggu ini sangat memberi makna pada kehidupan aku. Seminggu diuji oleh Allah tanpa cermin mata berasa nikmat mata ditarik seketika. Apa tidaknya, 'power' cermin melebihi 5.0 dan had penglihatan hanya sejengkal dari mata. Cermin mata patah selain tak boleh menyesuaikan diri dengan kanta lekap, menyebabkan aku rimas. 


Kadang-kadang tersenyum sinis kerana kelakuan rakan-rakan sekelasku. Ada yang tergelak apabila aku mendekatkan mataku ke srin laptop hanya berjarak sejengkal. Ada yang kata muka 'garang' apabila tidak memakai 'spec'.. Ada pula sebaliknya melarang aku memakai 'spec'.


Setiap ujian pasti ada hikmahnya. Tidak kira musibah yang melanda ia pasti ada mesej yang tersirat yang ingin Allah sampaikan. Kerana musibah itu memang datang daripada Allah bukan yang lain. Kita kena yakin bahawa Allah itu maha pengasihani, tidak ada sebab Allah menimpakan musibah kepada hambaNya. Allah pasti mahu memperingatkan aku tentang nikmat kehidupan didunia ini hanya sementara. Kerana kehidupan di akhirat adalah kekal dan tiada penghujungnya dan itu adalah pasti!


Merasai musibah bukan suatu pengakhir, tapi suatu permulaan. Mulakan hidup anda dengan mengingati Allah dan istiqamah menggunakan nikmat-nikmat yang diberikan. Syukurilah nikmat-nikmat tersebut dengan meng'hamba'kan diri pada Allah. kerana Tiada tuan yang melayan hambanya dengan baik melainkan Allah..


Wallahua'lam..

No comments:

Post a Comment