Pages

Tuesday, November 6, 2012

Hati-Hati

Melihatkan jam sudah pun pukul 5.00 petang aku segera bergegas menghidupkan enjin motor. Aku teringatkan janjiku terhadap makcik untuk datang ziarah beraya di rumahnya pada pukul 6.00 petang ini. Walaupun jarak antara Meru dengan Tambun tidaklah jauh sangat, kawasan Ipoh juga tapi ia memakan masa. 

"Macam mana? Hang jadi pergi sekali tak?", ujarku kepada rakan sekelasku, Asnida.

"Tak bolehlah. Mak aku tak bagi. Kirim salam jelah kat makcik ngan pakcik ye.", jawab Asnida.

"Orite!", balasku. 

Sebelum bergerak ke Tambun, aku dijemput ke rumah terbuka di rumah kakak Asnida di Meru berdekatan dengan pusat membeli belah Mydin. Aku dijamah dengan bihun goreng dan kuih yang dibuatnya sendiri katanya lah. Tapi boleh tahan jugak masakan dia. Ramai-ramai kawan kelas dia, aku dengan Zohrin je yang berkesempatan datang raya rumah dia. Jadi banyaklah makanan yang tak habis. 

Aku singgah ke Mydin terlebih dahulu untuk beli kuih raya ala-ala buah tangan. Segan kalau tak bawak apa-apa pergi ke rumah orang. Keadaan cuaca makin mendung. Risau jugak kalau-kalau hujan turun. Aku teruskan perjalanan melalui jalan High-Way Ipoh menuju ke susur keluar Tambun. Masih aku ingat jalan ke rumah makcik dan pakcik kerana kerap juga pergi setelah satu 'peristiwa hitam'. 

Sampai sahaja di rumah, aku berikan salam. Aku disambut oleh makcik dan pakcik serta anak bongsunya. Maka aku pun hulurkan kuih raya yang baru dibeli tadi kepada mereka dan kami pun masuk dan duduk di meja makan. Atas meja tu aku lihat banyak kuih dan maruku.

'Makcik ni biasa buat kuih raya sendiri, tapi tahun ni tak larat. Ni yang atas meja ni pun banyak orang bagi. Maruku tu makcik buat pun sebab orang tempah. Orang kat sini suka tempah kat makcik.' terang makcik kerana perasan aku melihat kuih-muihnya.

'Oh, yeke', jawabku ringkas sambil tersenyum. Aku jenis yang tak tahu bawak bersembang. Orang kata cakap 5 patah jawab 1 patah je. 

'Sebelum terlupa, saya nak sampaikan salam kawan-kawan saya dan keluarga saya kepada keluarga pakcik'

'Waalaikumsalam'.

Kami bersembang sambil makan bihun sup masakan makcik. Mereka ingin berpindah secara berperingkat ke Parit Buntar kerana di sana adalah halaman kampung mereka. Ramai sanak saudara disana. Oleh faktor kerja dan menunggu waktu pencen, maka mereka berkeputusan untuk tinggal di Ipoh untuk beberapa bulan lagi. 

Puas bersembang, aku pun beransur pulang. Teringat pula solat Asar belum lagi didirikan. Nak minta solat di rumah mereka segan. Maka memecutlah aku dengan motosikal Yamaha Lagenda 110z bewarna hijau tu. Pada kiraan aku, perjalanan dari situ ke rumahku Sg Rokam adalah lebih kurang 20 minit juga. 

Hujan pada waktu ni telah pun turun dengan renyainya. Masa makin suntuk. Jarum meter semakin naik dari 60, 80 KM/jam. Orang kata malang tak berbau. Lampu isyarat di hadapan seakan-akan tidak pernah muncul di pandangan tiba-tiba muncul. Mungkin aku berangan atau sedang fikirkan solat yang aku tidak laksanakan tadi. Lampu isyarat sedang berlampu merah. Jarak motosikal dengan lampu isyarat lebih kurang 10 meter. Dengan jalan yang licin serta tidak diturap (permukaan jalan digantikan dengan batu bata) maka aku sedaya upaya untuk menghentikan kenderaanku. 

Aku praktikkan apa yang diajar semasa ambil lesen memandu dahulu. Perkara basic orang kata. Mula-mula lepaskan pedal tangan lepas tu tekan brek kaki. Last sekali baru tarik brek tangan. Masa tarik brek tangan tu mulalah motosikal jadi tak stabil. Akibat terlalu licin, motosikal yang aku tunggang tu jatuh. Jatuh ke sebelah kiri dan aku pun terpelanting ke depan sementara motosikalku di belakang. Ahh, jatuh lagi. Aduyainye pon. 

Masa ni teringat pulak masa jatuh kali pertama berlanggar dengan kereta mewah. Masa ni tak risau pada diri sendiri tapi risau sangat dengan keadaan kereta yang kene langgar tadi. Kalau calar berapa lah nak kena bayar. Tak mampu aku nak membayarnya. Brek suma makan, keadaan jalan kering tak hujan tapi akibat laju memotong kat jalan sempit, tambah lagi kereta dengan tiba-tiba masuk lorong kanan maka takdirnya berlanggarlah aku dengan kereta tu. Walaupun wanita tu kata dia beri lampu isyarat, aku rasa kat dalam dunia ni tak ada sapa leh elak sebab jarak motosikal aku ngan kereta tu memang rapat. Waktu tu aku bernasib baik sebab sempat menghentikan motosikal. Jatuh sebab langgar tempat letak kaki belah kiri dengan pintu kanan kereta. Tempat letak kaki aku yang bengkok sedangkan kereta tu tak ada bengkok apa-apa walau calar pun. Nampak tak betapa kerasnya dan kualitinya kereta tu. Nasib aku baik hari tu sebab tak perlu ganti apa-apa. 

Kabomm.. Aku berpusing-pusing. Buah-buahan yang makcik bagi tadi bertaburan. Telefon bimbit dan selipar sebelah melayang jauh. Aku berasa segan sewaktu itu kerana jatuh di tengah-tengah lampu isyarat dilihat oleh orang ramai melihat 'aksiku' berguling. Aku bingkas bangun dan mendapatkan motosikal kepunyaan abangku. Ku lihat cermin belah kirinya pecah dan tempat letak kaki kirinya bengkok dan getahnya haus bergeser dengan jalan tadi. Seorang berbangsa India membantuku mengalihkan motosikal.

'Free kan dahulu gearnya, freekan... ', ujarnya. Aku kenal orang ini. Dialah yang menunggang motosikal disebelahku tadi membawa motosikal jenis Honda 'kepala bulat' 70cc bersama isterinya. 

Kereta di belakang membunyikan hon sebagai tanda perihatinnya seakan-akan bertanya ok ke tidak? Aku melambaikan tangan sahaja. Isteri penuggang motosikal berbangsa India tadi mengutip buah-buahan dan telefonku tadi dan berikan kepada aku. Enjin yang mati aku hidupkan semula. Ternyata enjinnya masih elok. 

Hujan masih renyai. Aku segera ke petronas beberapa meter di hadapan. Aku dapatkan paip di tepi kedai petronas dan membasuh luka-luka yang ada. Dengan keadaan terhincut-hincut dan kesakitan, aku gagahkan berjalan masuk ke dalam kaunter dan membeli 10 plaster bewarna coklat. Kemudian aku terus ke surau menampal segala luka supaya darah tidak mengalir. Seluar yang terkoyak aku gantikan dengan kain pelikat surau. Wudu' pun selesai diambil dan aku terus menunaikan kewajipan solat asar rukun islam yang kedua. Selang beberapa minit masuk waktu maghrib dan aku solat lagi. 

Hujan semakin lebat. Hari semakin gelap. Aku sarungkan jaket yang ada diatas bakul motosikal dan aku terus membonceng menuju ke rumah tapi kali ini dengan kelajuan 50-60 KM/jam. Trauma dibuatnya takut jatuh balik. 

Dua minggu berlalu barulah luka-luka makin sembuh. Luka di tangan, bahu, kaki dan lutut tidak sakit lagi. Banyak pengajaran yang aku dapat atas kemalangan yang menimpa aku. Apabila memandu di waktu jalan licin, usahlah bawa laju kerana mudah untuk kenderaan 'menggelonsor' walau sedaya upaya mengawal keadaan yang tidak stabil. Kalau nak memotong pula tidak usahlah tergesa-gesa. Kalau keadaan selamat baru buat potongan. Jangan potong ketika tidak pasti akan keadaan hadapan dan arah bertentangan dengan kenderaan yang hendak dipotong. Pastikan keadaan sekeliling benar-benar selamat dan hal ini penting untuk menjaga nyawa kerana nyawa sangatlah beharga. 

Maka bersabarlah ketika memandu :)

Semata-mata kerana ALLAH dan RasulNYA