Pages

Saturday, July 31, 2010

Umat Islam Mengikuti Langkah Yahudi dan Nasrani

"Daripada Abu Sa'id Al-Khudri r.a berkata: bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau merek masuk ke dalam lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka, Sahabat bertanya. Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nasrani yang kau masudkan ?. Nabi s.a.w. menjawab. siapa lagi kalau bukan mereka?"
(Hadis Riwayat MUSLIM)

Umat islam akan mengikuti jejak langkah ataupun cara hidup orang-orang Yahudi dan
Nasrani, hinggalah dalam urusan yang kecil dan perkara-perkara yang tidak munasabah. Contohnya,jikalau orang Yahudi dan Nasrani masuk ke lubang biawak yang kotor dan sempit sekali pun, orang islam akan mengikuti mereka. Zaman sekarang ini kita dapat melihat kenyataan sabda Rasulullah s.a.w. ini. Ramai orang islam yang kehilangan pegangan di dalam kehidupan. Mereka banyak meniru cara hidup Yahudi dan Nasrani samada mereka sedar atau tidak. Ramai ornag islam yang telah terperangkap dengan tipu helah Yahudi dan Nasrani dan ramai pula orang yang menjadi alat dan tali barut mereka.

Langkah Yahudi jangan diturut,
Umat Yahudi dimurka Tuhan,
Jalan Nasrani jangan diikut,
ilmu dituntut, amal ditinggalkan.

Kenapa kita mesti melutut,
Umat Nasrani sesat di jalan,
kenapa bangsa bersifat taghut,
amal dibuat tanpa pedoman.

Saturday, July 3, 2010

"Aku" sering dipersisihkan...

"Aku tinggalkan kamu 2 perkara, kamu tidak akan sesat selama mana kamu berpegang teguh pada keduanya iaitu al-quran dan sunahku"

Daripada petikan hadith ini, bolehlah kiranya kita simpulkan bahawa setiap muslim itu tidak terlepas daripada mempelajari ilmu al-quran dan hadith. Kita tahu bahawa kedua-dua elimen ini sangat penting dalam kehidupan seharian kita. Namun, seramai mana daripada kita ini mampu mengamalkan dan memperaktikkan dalam aktiviti seharian.

Kalau ditinjau dari sudut asasnya, pertama setiap orang yang bergelar muslim wajib memiliki 1 al-quran dan 1 kitab hadith (sekurang-kurangnya, hadith arbain). Ia bermaksud kedua-duanya adalah milik kita, tanpa sebarang perkongsian dengan sesiapa pun.

Keduanya, barulah menuntut segala ilmu yang terkandung dalam al-quran dan hadith daripada guru2 yang mahir. Sebelum menuntut ilmu al-quran, ilmu tajwid perlu diutamakan dahulu. Ilmu tajwid penting kerana ia adalah syarat sebelum membaca al-quran dan kita harus ingat bahawa sesetengah ulama' mengatakan al-quran mesti dibaca 2 mukasurat sehari dan perlulah istiqamah untuk hari-hari seterusnya. Jika al-quran tidak dibaca dengan bertajwid, pahalanya akan menjadi kurang kerana maksud ayat mungkin sudah lari dari maksud sebenarnya. Antum juga diingatkan bahawa ilmu al-quran dan hadith sangat banyak, contohnya ilmu tafsir quran, taranum, usul fiqh, dan lain-lain. Maka, tuntutlah ilmu tersebut sehingga ke hujung nafas terakhir antum.

Ketiga, mengamalkannya. Bahagian inilah kebanyakan orang islam kecundang. Tidak mampu melaksanakan 100 peratus suruhan dan larangan Allah. Padahal kita disuruh untuk masuk islam secara keseluruhannya. Ikutlah kemampuan, jika antum adalah pemerintah padahal tidak melaksanakan hukum Allah seperti hudud, maka laksanakanlah.

Back to quran and hadith, please... make the different from islam.. show it to universe..

Wallahua'lam...

Friday, July 2, 2010

Islam lebih diutamakan dari segalanya..

Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka mengubahnya sendiri.. begitulah lebih kurangnya maksud firman Allah. Maka, kita faham bahawa, membela sesuatu bangsa itu adalah baik. Ia juga merupakan satu perjuangan bagi seseorang yang ingin melihat bangsa sendiri berjaya dari semua aspek. Jadi, banyaklah usaha-usaha yang dibuat bagi merialisasikan perkara tersebut.

Sebagai contoh, bangsa melayu. Semakin hari semakin meningkat ekonomi, kejayaan bangsa yang terpelajar, dan lain-lain lagi. Hebat. Syabas pada mereka yang selama ini berjaya membawa perubahan dalam bangsa ini. Untuk sekadar maklumat tambahan, akta 153 dalam perlembagaan merupakan salah satu asbab mengapa bangsa melayu begitu hebat sekarang ini. Hal ini kerana, dalam akta ini orang melayu dapat keistimewaan sebagai penduduk asal negara ini. Akta ini termaktub dalam undang-undang Malaysia setelah 7 wasiat Raja-Raja dibuat.

Namun begitu, perjuangan islam adalah lebih diutamakan. Jangan sesekali meletakkan perjuangan islam ditempat kedua. Perjuangan islam perjuangan menegakkan hak-hak Allah dan ajaran-ajaran yang dibawa oleh Rasulullah. Jika perkara ini tidak selesai, banyak masalah boleh berlaku. Hak-hak Allah iaitu hukum hudud tidak dilaksanakan di dunia ini. Siapakah Allah?? bukankah Allah itu adalah tuhan seluruh alam yang maha pengasih dan maha keras azabnya?? mengapa meletakkan Allah itu di tempat kedua?? tidakkah ini juga perjuangan yang amat besar daripada segalanya? Ayuhlah sahabat-sahabat sekalian, inilah sebenarnya perjuangan kita. Jika perkara ini selesai, maka letakkanlah pula bangsa itu yang kedua dan lain-lainnya.

Ingat!! Kita perlukan islam, islam tidak pernah memerlukan kita. Kembalilah kepada al-quran dan sunnah. baca dan amalkan apa yang ada didalamnya. kerana dalam satu hadis ada menyebut, kamu tidak akan sesat selagimana kamu berpegang pada al-quran dan sunnah... Wallahua'lam...

hari bersejarah bagi diriku..

Assalamualikumwarahmatullahiwabarakatuh..

Alhamdulillah, segala puji pagi ALLAH, selawat dan salam keatas baginda Nabi Muhammad Sallahualaihiwasallam, kerana sentiasa memberi peluang merasai nikmat iman dan islam.

Bersyukur juga buat pertama kali diri ini mempunyai kekuatan untuk meneruskan perjuangan dakwah di blog pula setelah menunggu sekian lama walaupun blog ini sudah wujud kira-kira 6 bulan lalu .

Kononnya mahu membuat tinjauan blog ke blog sebelum memulakan blog sendiri. Seronok melihat blog kepunyaan orang lain, penggunaan ayat yang tersusun rapi, indah sekali, sentiasa peka dengan isu-isu semasa yang penuh dengan informasi-informasi penting, pengalaman-pengalaman diselitkan juga... rasa rendah pula diri ini jika dibandingkan dengan mereka..

Justeru, dengan "kemunculan" semula, aku berharap dapat menulis sehabis baik, dan rajin update blog dengan informasi-informasi terkini yang berguna kepada diri dan mereka yang membacanya.

Diharap juga blogger-blogger sekalian memberi tunjuk ajar supaya aku dapat memperbaiki diri hari ke hari. DAN teruskan membaca walaupun pernah membacanya, kerana ilmu itu perlu diulang-ulang supaya kita ingat. Manusia itu kan mudah lupa.

Ingat kata-kata ini: Kita hanya menyampaikan, namun ALLAH jualah yang memberi hidayah.

Wallahua'lam.......

Semata-mata kerana ALLAH dan RasulNYA