Pages

Tuesday, July 9, 2013

Hiba

Ramadan.
Penghulu segala bulan.
Bulan rahmat dan keampunan.
Engkau datang jadi sambutan.

Ramadan.
Sebuah madrasah penuh latihan.
Kenikmatan ibadah bagi yang beriman.
Menuju ketaqwaan dijamin tuhan.

Ramadan.
Terkandung manusia yang peka
Juga manusia yang lalai.
Maka beruntunglah manusia yang peka.
Dan rugilah manusia yang lalai.

Hiba,
Disana berlaku peperangan.
Tidak cukup makanan.
Tidak cukup bekalan.

Hiba,
Disana tetap bersedia,
Walau cabaran melanda,
Kerana nikmat ramadan disedia.

Hiba,
Disini manusia masih leka,
dengan harta benda mereka,
hidup masih selesa.

Hiba,
Disini hidup berpesta,
Bukan ibadah diutama,
Makan mengikut hawa.

Ramadan,
Bulan mengingati mereka disana.
Maka disini hiduplah berpada pada.
Simpatilah pada mereka.

Ramadan,
Bulan mengingati Allah,
Kuat ibadah berlipat ganda.
Banyakkan sedekah dan berusaha.

Ya Ramadan, kami datang menemuimu dengan hati yang hiba dalam gembira.
Kami berdoa berdoa kepadaMu ya Allah, moga negara islam yang bergolak, Mesir, Palestin, Syria, Myanmar, Iraq dan lain-lainnya sentiasa diberi kesabaran dalam mempertahankan islam dibumi mereka.

Thursday, July 4, 2013

Berubah

Manusia berubah
sekejap baik
sekejap buruk.
baik kembali.

Ya, begitulah manusia.
Tapi ketahuilah itu perkara biasa.

Kita perlukan sokongan
dan sekeliling yang baik
supaya kita sentiasa ingat
bahawa menjadi baik adalah
lebih baik dari bersikap buruk

Kerana apa?
Kerana Allah itu maha pengampun.
sebanyak mana keburukan yang kita buat,
pasti Allah menerima kita.
Selagi mana kita sudi bertaubat padanya.
Kerana Allah tidak pernah jemu menerima taubat hambanya,
sesungguhnya manusia itu yang mudah jemu.

Maka kembalilah,
kembalilah pada islam, agama fitrah ini sahaja diredhai Allah.
Berubahlah...

Wednesday, July 3, 2013

Sepi

5 bulan Sepi tanpa isi..
Sunyi sepi aku benci.
Kau tinggalkan aku sendiri.
Tergamak kau buat aku begini.


Semata-mata kerana ALLAH dan RasulNYA