Pages

Friday, July 13, 2012

Exam Sem 4

Alhamdulillah...

Subjek Sem 4

Akhirnya peperiksaan akhir semester 4 dah pon selesai. Syukur sangat. :)

Cuma ada beberapa perkara yang sangat merisaukan waktu ni. Daripada 6 paper yang jawab aritu, 1 paper je rase konfiden boleh score, tu pon paper CTU. Huhu.. Subjek yang utama 4 credit hour tu xbole  nak score rasenye. Banyak lopong. Same je dengan 3 credit hour punya subjek. Risau pulak nanti result kuar. Lulus ke tak. ntah la. Kalau ikutkan dulu-dulu punya periksa zaman sekolah xde camni. Dulu fikir dapat A ke tak? Sekarang berbeza sungguh!! mungkin perangai yang makin malas ni kot jadi camni. Baru aku rase perasaan orang yang xbole buat exam dengan baik.

Apapun lepas ni ambil pengajaran dan yang boleh aku buat sekarang hanya tawakal supaya result aku sem ni xteruk.

Kalau kita pandang dari sudut lain, secara umumnya, peperiksaan ini bertujuan untuk menilai seseorang. Sama juga kita yang hidup di dunia ni. Kita akan dinilai oleh Allah di akhirat kelak. sama juga situasinya dengan peperiksaan yang sering kali kita hadapi sebagai seorang pelajar. Mesti ada persoalan dibenak hati kita apakah keputusan peperiksaan kita itu lulus atau pun tidak? Dunia adalah tempat untuk kita beramal ibadah, seperti yang diperintah oleh Allah tujuan kita hidup didunia ini hanyalah kerana mencari keredhaan Allah dan beribadat kepada Allah semata-mata. Persoalannya, adakah kita lulus dengan ujian ini? Tepuk dada tanya iman anda. Berapa banyak ibadah yang ikhlas anda lakukan kerana Allah? Apakah keputusannya di akhirat kelak? 

Kalau SPM dulu nak lulus kene refer buku teks. Kalau nak cemerlang kene pegi tuisyen dan banyakkan latihan. Kalau nak jadi yang terbaik kene banyak membaca rujukan tambahan dan aktif dengan persatuan serta akademik tidak terabai. Sama juga di akhirat kelak yang mana SOLAT itu adalah ibadah yang pertama yang dihisab. Kalau tak buat maka tidak lulus. Kalau nak cemerlang, kene RUJUK AL-QURAN dan AS-SUNNAH, kalau nak jadi yang terbaik, perlulah menambah ibadah dengan ibadah sunat. Mati Syahid adalah bonus untuk ke syurga Allah.

Exam. kat mana-mana pon ada exam. Bukan kat dunia aje, tp akhirat pon xterlepas. so jgn elak exam. :)

Semoga Jumpa Sem 5, xsabar nak tebus balik untuk sem ni yang teruk. InsyaAllah.

Thursday, July 12, 2012

Kotak Hati by Hujan


Lagu Hujan memang minat aku selain lagu Opick. Aku minat main gitar sebenarnya. Lagu yang aku pernah main lagu Opick cam 'Alhamdulillah' dengan 'Rapuh'. Lagu Hujan satu aja 'Bila Aku Sudah Tiada' dan sekarang baru habis belajar lagu 'Kotak Hati'. Hehe.. Sikit je lagu boleh main walaupun dah bertahun pegang gitar. Slow learner la katakan. :P

Kotak Hati - Hujan


Lirik Lagu:

....

Tak usah kau terangkan ku tahu
potret wajahmu di setiap penjuru
curahkan deritamu padaku
biarku rasa apa yang kau lalu

Terang terang
bersama rasa sayang
ku biarkan kau terbang
terang terang
sudut kecil ku isi
untuk senyuman mu lagi

Berbaring renung kita ke bulan
lagu yang ku tulis ku nyanyikan
lagu cinta tentang kita berdua
yang kan kita kenangi hingga tiba masa

Terang terang
bersama rasa sayang
ku biarkan kau terbang
terang terang
sudut kecil ku isi
untuk senyuman mu lagi

Mimpi mimpi
yang tak kembali
aku janji
janji takkan pergi  (2x)

....

Tak usah kau terangkan ku tahu
potret wajahmu di setiap penjuru
curahkan deritamu padaku oooo
biarku rasa apa yang kau lalu

Terang terang
bersama rasa sayang
ku biarkan kau terbang
terang terang
sudut kecil ku isi
untuk senyuman mu lagi

Mimpi mimpi
yang tak kembali
aku janji
janji takkan pergi (2x)

Selamat Hari Lahir

Dengan kesempatan ni Aid nak ucapkan selamat hari lahir kepada Khairun Najwa Binti Zakaria, kak wa saya, hehe.. Tanggal 12/7/12 hari khamis maka genaplah umur kakak aku ni kepada 24 tahun. Macam-macam dah dia buat sampai sekarang boleh dikatakan seorang yang berjaya. Tahniah-tahniah. :)

Nah kek sebijik
Semoga panjang umur dan hidup bahagia selalu di dunia dan diakhirat, amin..