Pages

Wednesday, October 25, 2017

Mati yang didambakan

Setiap hari kudambakan kematian
Tidak sanggup lagi kutempuh kehidupan
Pergi kesana kulakukan dosa
Pergi kesini kulakukan dosa
Akibat sifat lemah hambamu ini
Moga aku sentiasa diampuni

Sentiasa kudoa di setiap hari
Jika aku ditakdirkan untuk mati
Matikan aku dalam keadaan beriman
Matikan aku dalam keadaan keredhaanMu
Matikan aku dalam keadaan lingkungan hidayahMu

Takut dengan sangat
Jika aku bermaksiat
dan ketika itulah aku pergi meninggalkan dunia
Nauzubillah
Tangisan yang tiada lagi berguna
Kerugian kehidupanku di akhirat kelak
Tersiksa
Selama-lamanya tanpa penghujungnya

Tahu mati itu pasti
Setiap manusia pasti akan mati
Bukti didepan mata di setiap hari
Terhairan melihat diri sendiri
Masih terleka dengan hiburan duniawi

Tuhan
Matikan aku jika itu adalah terbaik untukku
Iman tersiksa bergelumang dengan dosa yang makin bertambah
dan hidupkan aku jika itu adalah terbaik buatku
Masih tersisa umur untuk diusahakan amal soleh
Hanya Engkau Maha mengetahui apa terbaik untukku

Syahid yang didambakan setiap manusia
Mati di dunia namun masih hidup disisiNya
Sentiasa bercita-cita untuk tidak mati (Mati Syahid)
Mati yang didambakan.
Moga aku dan kau perolehnya
Amin

Tuesday, October 17, 2017

Album Opick (2011-2017)

*Klik pada tajuk album untuk dengar dan klik pada tajuk lagu untuk download.
Selamat mendengar :)

Aunur Rofiq Lil Firdaus (1999-2010)

9. The Best of Opick (2011)

1 Assalammualaikum
2 Maha Penyayang
3 Maha Melihat (feat. Amanda)
4 Shollu Ala Muhammad (feat. Finalis FLO)
5 Tombo Ati
6 Rapuh
7 Cahaya Hati
8 Astaghfirullah
9 Takdir (feat. Melly Goeslaw)
10 Bila Waktu T'lah Berakhir
11 Haji
12 Keagungan Mu
13 Rumput Bertasbih
14 Alhamdullilah (feat. Amanda)



10. Salam Ya Rosulullah (2012)


1 Salam Ya Rosulullah
2 Syukur Atas Karunia
3 Ya Hannan Ya Mannan
4 Anta Allah
5 Menemukanmu
6 Ibu
7 Dealova
8 Bila Waktu T'lah Berakhir
9 Ya Habibi Ya Muhammad
10 Sahabat





1 Ajari Aku
2 Aku Percaya
3 Berapa Jarak
4 Ku Tak Pernah Layak
5 Tenang
6 Tanpa Dirimu
7 Terimakasih Ayah
8 Ya Maulana
9 Ya Muhammad Ya Rasulullah




12. Sahabat Sejati (2014)

1 Kembalilah
2 Lir Ilir
3 Maha Pemurah
4 Subhanallah
5 Sentuh Aku
6 Sahabat Sejati
7 Tuhan Beri Kami Cinta
8 Temukan Diri Mu




13. Salam Rindu Ya Musthofa (2015)

1 Sholatun Bissalamil Mubin
2 Tola Al Badru
3 Kutemukan Dirimu
4 Salam Rindu Ya Musthofa
5 Andai Aku
6 Berdendanglah
7 Engkau Kekasih Allah
8 Salam Ya Rosulullah
9 Ya Rabbibil Musthofa





14. Sang Maha Cahaya (2016)

1 La Ilaha Illallah
2 Sang Maha Cahaya
3 Ya Robbana Ampuni Hamba
4 Allah Ampuniku
5 Debu Dan Cinta
6 Allah Allahu Allah
7 Aku Milikmu
8 Ya Muhammad Engkau Didamba
9 Allah Engkau Dekat
10 Seribu Tahun Nyanyianku



15. The Best of Opick live acoustic (2017)

1 Ingat-Ingatlah
2 Sholawat Muhammad
3 Temukan Diri-Mu
4 Tiada Duka Yang Abadi
5 Cahaya Hati
6 Dealova
7 Karena-Mu
8 Bila Waktu T'Lah Memanggil
9 Kembalilah
10 Kesaksian Diri
11 Rapuh
12 Sahabat Sejati
13 Menemukan-Mu
14 Ajari Aku
15 Rumput Bertasbih
16 Ya Maulana
17 Lir Ilir
18 Khusnul Khotimah
19 Takdir
20 Syukur Karunia


16. Allah Bersamamu (2017)

01. Di Pintu CintaMu
02. Allah Bersamamu
03. Ya Robbi Ya Illahi (Feat. Derry Sulaiman)
04. Allah
05. Kutemukan Cinta
06. Kau Cahaya
07. Sembunyikan Duka
08. Terjagalah
09. Bumi Bertabur RahmatNya (Feat. Ghania & Aina)
10. Doa Khatam Qur'an


Setia

Bismillah

Assalamualaikum

Allahummasolliala Muhammad

Setiap kali selepas solat subuh sahaja, pasti akan ada slot renungan dari abah dalam group whatsapp. Aku tertarik dengan mesej pagi ni mengenai kesetian seseorang pada manusia yang lain. Bagaimana kita mahu cari manusia yang tidak akan tinggalkan kita dan terus bersama kita.

'Janganlah kamu mencintai orang yang tidak cinta pada Allah, jika dia boleh meninggalkan Allah apa tah lagi meninggalkan kamu', Imam Syafie.

Ya terkesan juga dan setuju dengan apa yang dikongsikan abah pagi ini. Jika difikirkan jika seseorang itu boleh sahaja melupakan dan meninggalkan Allah yang maha sempurna itu apatah lagi kita yang banyak kelemahan ini, mudah sahaja ditinggalkan.

Maka pilihlah untuk setia pada orang yang setia pada penciptanya maka kita tak akan pernah menyesal. Setia pada Allah beerti setia pada syariatNya, maka hak manusia pasti ditunainya kerana ia adalah sebahagian tuntutanNya.

Till then :)

Tuesday, October 10, 2017

Singkat

21 Ogos 2014
25 Syawal 1435
Khamis

Tanganku ligat memutar throttle tube motorsikal. Memecut laju kearah selatan. Hujan masih turun renyai-renyai. Hari pula makin beransur gelap. Dalam fikiranku hanya mahu cepat sampai ke destinasi. Terkadang melihat kebawah raga. Terdapat buah jambu yang kubeli tadi di RnR sebagai buah tangan. Sedikit ole-ole untuk kak Nisa' sekeluarga apabila tiba di Gombak nanti.

'Setengah jam lagi sampailah', bisikku ke hati sendiri.

Psst.. 

Ah. Tungganganku makin tidak stabil. Seakan ditarik kiri dan kanan tidak dapat dikawal lagi. Kuberhentikan Lagenda 110Z itu ke sisi lebuhraya PLUS beratapkan flyover untuk berteduh. Kulihat tayar belakangnya kempis. Ya, sudah pancit dan harus ditampal atau ditukar yang baru. Hanya tersisa angin yang ada kutunggang motorsikal itu kehadapan sedikit dan keluar melalui pintu Exit Lebuhraya PLUS.

Mujur ada tempat untuk disinggah. Beberapa tempat Exit PLUS ada disediakan tempat berehat yang agak kecil selepas melalui tol. Aku pon parking di situ dan mula mencari solusi bagaimana untuk aku atasi masalah yang aku hadapi sekarang ni. Terlihat beberapa nombor telefon yang diconteng di tepi halangan jalan yang menawarkan bantuan tukar tayar. Tidak sempat ku menelefon salah satu nombor tersebut, seorang pemuda membawa motorsikal menghampiriku dan berhenti dihadapanku.

'Tayar pancit ke? Meh ikut gi bengkel.' tegur lelaki itu sambil mengajakku ikut bersamanya pergi ke bengkel berdekatan.

Aku menerima pelawaannya dan kami bersama-sama pergi ke bengkel. Lelaki tersebut pergi setelah menghantarku dan aku ucapkan terima kasih padanya. Semoga Allah membalas budi pemuda itu. Pomen bengkel tersebut bawa aku semula ke tempat motosikal ditinggalkan. Setelah membuka tayar belakang yang pancit itu dia bawanya ke bengkel untuk ditampal atau ditukar tiub tayar tersebut. 

Gambar yang sempat diambil semasa tayar di bawa ke bengkel untuk ditampal
Hari semakin senja. Sekejap sahaja lagi akan berkumandang azan maghrib. Aku berehat di pondok kecil yang ada berdekatan dan membawa sedikit air dan kurma untuk dijamah sedikit nanti. Hari ini merupakan hari terakhir aku berpuasa 6 untuk bulan syawal. Semoga Allah terima amalku yang sedikit ini. 

Sambil menunggu, terlihat satu buah van berhenti memasuki parking lot dan terdapat 4 orang pemuda yang keluar dari van tersebut. Masing-masing membawa makanan dan singgah di pondok yang sama. 

'Assalamualaikum', tegur salah seorang pemuda dari mereka. 'Waalaikumsalam.' jawabku. Kami berdua pon berbual pendek bertanya hal masing-masing. Aku sedikit ajaib dengan setiap tekaannya seperti tahu sahaja destinasi, pekerjaanku, dan perkara lain. Seperti kawan yang akrab. Aku pasti dia bukan orang biasa-biasa. 

'Motor rosak ke?' - 'Haah, baru pancit tadi. Tengah tunggu pomen datang bawak tayar.'
'Nak pergi mana?' - 'KL ada orientasi untuk sambung belajar.'
'Biasanya sambung belajar ni orang dari sumber manusia'. - 'Yup, macam tau-tau je saya kerja sumber manusia.'

Azan maghrib tak terdengar lagi. Kami saling bertanya antara satu sama lain jika sudah masuk waktu solat kerana hari seakan sudah gelap. Kami sepakat yakin bahawa maghrib sudah masuk maka masing-masing mengambil air dan makanan untuk berbuka. Aku berbuka dengan sebiji kurma dan sedikit air.

'Puasa juga ke? Nah kurma dan nasi', pelawanya. Aku mengambilnya dan ucapkan terima kasih padanya. Sedikit sahaja dijamahnya dan selebihnya dia berikan padaku. Semoga Allah beri ganjaran padanya memberi makanan pada orang lain untuk berbuka. 

Makanan pon sudah habis dimakan. Setelah itu baru pomen tadi datang membawa tayarku dan dipasang semula ke motorsikal. Duit dihulurkan tapi malangnya pomen tersebut tidak membawa duit pecah. Aku terpaksa tanya pada pemuda van tadi jika ada duit untuk ditukar, dia tak mahu tukar tapi memberi terus dan manghalalkannya. Huhu.. Ada lagi manusia baik macam ini lagi kat dunia ni. Walaupun baru berjumpa layanan dia seperti kawan yang akrab. 

Masalah tayar pon selesai. Aku harus gerak segera ke Gombak. Sebelum bertolak aku berniat untuk memberi sesuatu pada mereka. Ketika itu hanya terdapat buah jambu yang ada di raga. Aku memberinya pada mereka.

'Nah ambillah buah jambu ni'. kataku. Aku agak terkejut dengan jawapan balasnya, 'Tak pe, ni mesti jambu nak bagi pada kakak kan? Bagi je kat kakak tu ye'. Huhu, tekaan dia selalunya tepat. Dia menolak tapi aku paksa juga untuk ambil buah jambu tersebut dan mereka pon ambil.

Aku beredar dan membawa seribu satu perasaan. Begitu mudah Allah berikan pertolonganNya dengan menghantar orang-orang yang baik ini meskipun aku tak pernah mengenali mereka. Orang yang membawaku ke bengkel dan membayar kos baiki tayar tersebut kalau difikirkan memang tepat pada masa dan tempatnya. Terasa sedikit hampa sebab tidak menanyakan nama dan nombor telefon pemuda tersebut untuk terus berhubung. Huhu.. Alhamdulillah Allah berikan pengalaman berharga ini supaya aku sentiasa untuk cuba membantu manusia lain walaupun aku tidak mengenalinya. Ya, amal itu hanya Allah yang melihatnya dan Dia sahaja yang dapat membalasnya. 

Terima kasih sang pemuda..