Pages

Sunday, October 16, 2011

Nikmat mata.. Syukurilah..

Assalamualaikum semua..


Ramai umat manusia sekarang tidak lagi mensyukuri nikmat yang diberikan oleh tuhan. Apa tidaknya, apabila diberikan tangan, mereka mencuri dan mengasari, apabila diberi mata, mereka melihat benda-benda yang haram, apabila diberi telinga, mereka mendengar umpatan.. 


Dalam satu hadis Rasulullah pernah mengatakan (maksudnya lebih kurang begini) : nikmat yang sering dilupakan manusia ada dua, iaitu nikmat sihat dan masa lapang.


Kenikmatan yang kita perolehi sekarang adalah milik Allah semata-mata. Dia boleh menarik nikmat itu bila-bila masa yang disukai olehNya. Kenikmatan tanpa kesyukuran tiada maknanya melainkan kita menggunakannya hanya kerana Allah semata-mata.


Rasulullah pernah bersabda, (maksudnya lebih kurang begini): sesungguhnya setiap amal itu bersandar kepada sesuatu niat......


Sesuatu amalan handaklah berkait dengan Allah. Jika tidak amalan itu tidak diterima. Apakah Allah menerima ibadah seseorang kerana selain daripadaNya?? Sekali-kali tidak. Kerana itu kita sentiasa dinasihatkan menyertakan niat kita ikhlas kerana Allah Taala. 


Pengalaman minggu ini sangat memberi makna pada kehidupan aku. Seminggu diuji oleh Allah tanpa cermin mata berasa nikmat mata ditarik seketika. Apa tidaknya, 'power' cermin melebihi 5.0 dan had penglihatan hanya sejengkal dari mata. Cermin mata patah selain tak boleh menyesuaikan diri dengan kanta lekap, menyebabkan aku rimas. 


Kadang-kadang tersenyum sinis kerana kelakuan rakan-rakan sekelasku. Ada yang tergelak apabila aku mendekatkan mataku ke srin laptop hanya berjarak sejengkal. Ada yang kata muka 'garang' apabila tidak memakai 'spec'.. Ada pula sebaliknya melarang aku memakai 'spec'.


Setiap ujian pasti ada hikmahnya. Tidak kira musibah yang melanda ia pasti ada mesej yang tersirat yang ingin Allah sampaikan. Kerana musibah itu memang datang daripada Allah bukan yang lain. Kita kena yakin bahawa Allah itu maha pengasihani, tidak ada sebab Allah menimpakan musibah kepada hambaNya. Allah pasti mahu memperingatkan aku tentang nikmat kehidupan didunia ini hanya sementara. Kerana kehidupan di akhirat adalah kekal dan tiada penghujungnya dan itu adalah pasti!


Merasai musibah bukan suatu pengakhir, tapi suatu permulaan. Mulakan hidup anda dengan mengingati Allah dan istiqamah menggunakan nikmat-nikmat yang diberikan. Syukurilah nikmat-nikmat tersebut dengan meng'hamba'kan diri pada Allah. kerana Tiada tuan yang melayan hambanya dengan baik melainkan Allah..


Wallahua'lam..

Saturday, October 15, 2011

Ragbi Piala Dunia 2011 (separuh akhir)


Barisan pemain
Wales: Halfpenny, North, J. Davies, Roberts, S. Williams, Hook, Phillips, Jenkins, Bennett, A. Jones, Charteris, A. Jones, Lydiate, Warburton, Faletau.
Replacements: Burns, James, B. Davies, R. Jones, L. Williams, S. Jones, S. Williams.
Perancis: Medard, Clerc, Rougerie, Mermoz, Palisson, Parra, Yachvili, Poux, Servat, Mas, Pape, Nallet, Dusautoir, Bonnaire, Harinordoquy.
Replacements: Szarzewski, Barcella, Pierre, Ouedraogo, Trinh-Duc, Doussain, Heymans.
Pengadil: Alain Rolland (Ireland)
Sepak Mula: 3.55 ptg (wkt malaysia)
Tempat: Eden Park, Auckland, Australia. (60000 kapasiti)
Keputusan: Perancis (9) vs (8) Wales
Warburton mengasari pemain Perancis menyebabkan pemain tersebut dibuang padang

Separuh masa pertama:

                                                   James Hook;wales, penalti (min 8),      0-3
 Warburton;wales, kad merah (min 18)
 Parra;Perancis, penalti (min 21)          3-3
 Parra; Perancis, penalti (min 34)         6-3

Separuh masa kedua:

Parra; Perancis, penalti (min 42)          9-3
 Mike Phillips, Wales, try (min 58)         9-8

Friday, October 7, 2011

Malaysia tidak mampu meyaingi kekuatan pasukan Australia

Kennedy menyambut jaringannya bersama Luke Wilkshire
Sydney menjadi destinasi terbaru skuad bolasepak kebangsaan begi perlawanan persahabatan menentang skuad  Australia. Selepas menerima kekalahan kepada Singapura tempoh hari, kini skuad yang dibimbingi oleh K. Rajagobal menerima nasib yang sama dengan kekalahan jaringan sebanyak 5 tanpa sebarang jaringan balas. Pemain yang menghasilkan gol tersebut ialah Luke Wilkshire, J.B.Kennedy (2), dan A.Brosque (2).

sumber : http://www.goal.com/en/match/68671/australia-vs-malaysia/report

Kemenangan ini telahpun diramal pada awal perlawanan kerana kedudukan ranking skuad Australia ketika ini adalah lebih baik daripada ranking Malaysia masing-masing ranking ke19 dan 147. Rata-rata pasukan kendalian K.Rajagobal dibarisi oleh pemain-pemain muda yang juga menjadi harapan negara dalam misi memartabatkan bolasepak negara seperti era 80 dan 90-an. Stadium Canberra bukan sahaja di penuhi penyokong tuan rumah, malah 350 peminat bolasepak Malaysia turut berada di dalam stadium tersebut

Skuad Malaysia sempat bergambar sebelum perlawanan bermula
.

Semata-mata kerana ALLAH dan RasulNYA