Bismillahirrahmanirrahim
Aku dan vending.. Dulu pertama kali ak dengar perkataan vending adalah daripada kawan ak 3 tahun lalu.. Dan ketika itu aku langsung tak dapat bayangkan apa tu vending dan tak berminat pon bila dengar penjelasan kawan aku tu.
Kawan aku tu namanya Ahmad.. Aku jumpa dia sewaktu belajar di Mesir.. Dia ni boleh dikatakan seorang bisnes minded dan proaktif dalam berniaga.. Kira senang cerita dia ni memang tahu selok belok perniagaan.
Ada satu masa tu ak cakap kat dia perniagaan apa yang dia akan buat berdasarkan keperluan di Mesir ni. Then dia pon kata buat vemding machine.. Haa? ape tu? Haha.. Vending machine ni dalam bahasa melayu diterjemahkan sebagai mesin layan diri.. Senang cerita masuk duit dalam mesin keluar air tin atau makanan.. Orang panggil mesin gedegang..
So itulah masa aku mula2 dengar pasal vending machine ni.. Masa tu terbayang ada jugak tengok vending machine kat Malaysia.. Tapi tak pernah pon beli.. sebab rasa makanan dengan minuman dia tu boleh tahan mahal dan ak ni berjimat orangnya.. (bukan kedekut ye.. betulkan sikit statement tu :p) Sebab aku ni kalau bab makanan ak pilih yang murah dan mengeyangkan.. Aku fikir semua tujuan makan sama je.. Mengeyangkan..
Dan ketika itu tak berminat pon pasal bisnes ni.. Boleh dikatakan pandang hanya sebelah mata sahaja.. haha.. Tak nak amik port.. Namun siapa sangka aku telah pun menjalankan bisnes ni pada hari ni.. Kisahnya aku hanya membantu mak ayah aku sebab perniagaan ni dicetus daripada mereka.
Aku join selepas habis belajar dari mesir (tak habis pon) kerana khidmat ak diperlukan serta merta.. Aku pun pulang untuk membantu family bisnes ni.. Aku bersyukur merasai kerja seperti ni sebab memang cita2 ku ada bisnes sendiri.. Tapi tak sangka yang dulunya aku hanya pandang sebelah mata itu menjadi profession aku sekarang.. Alhamdulillah..
Setakat tu je untuk pengenalan vending machine pada kali ni.. In syaa Allah nanti ada lagi perkongsian mengenai bisnes ni..
Till then :)
No comments:
Post a Comment