Pages

Friday, February 24, 2012

Maulidurrasul

Khutbah Jumaat
Tempat : Masjid Sungai Rokam, Ipoh
Khatib : Ustaz Abdul Mohsein bin Hj Badaruddin (*tiada gambar)

Ittaqullah, bertaqwalah kepada Allah sesungguhnya sebaik-baik pakaian adalah pakaian TAQWA

- sejarah sambutan maulid nabi; setelah 3 abad rasulullah wafat, seorang ulama tersohor (lupa nama dia) memulakan sambutan kelahiran nabi kerana pada waktu itu telah jauh dengan zaman Rasullullah, majlis itu diisi dengan aktiviti yang bermanfaat seperti membaca al-quran, bercerita tentang sirah nabi dan selawat.. jamuan makan pula terdiri daripada 5000 ekor unta dan beberapa lagi makanan (tak ingat jugak). sambutannya amat menggalakkan, dan selepas itu diikuti oleh daerah-daerah yang lain.

- telah ditulis nama nabi di arasy, (hadis qudsi); Nama nabi Muhammad telah ditulis oleh Allah di arasy sebelum mencipta nabi Adam a.s. tidak masuk syurga manusia melainkan umat Nabi Muhammad dahulu memasukinya. 

- (alqalam;4) ; akhlak nabi wajar diikuti kerana akhlaknya diiktiraf oleh Allah manusia yang mempunyai budi perketi yang agung.

- mengasihi Allah dan rasulNya lebih daripada segalanya. (hadis)


- (alahzab;40) ; ikutan manusia pada zaman ini adalah Rasullullah, 

*segala kekurangan silalah kritik kerana kritik itu adalah nasihat, dan nasihat menasihati antara satu sama lain antara muslim itu adalah amalan mulia, segala penambahan amat digalakkan kerana terasa kekurangan dalam penulisan kali ini.. terima kasih

Jom sama-sama kita tonton satu video yang agak popular sekarang iaitu Law Kaana Bainana :

2 comments: