KHUTBAH JUMAAT
17 FEBRUARI 2012
MASJID KG SG ROKAM
DISAMPAIKAN OLEH USTAZ HJ YEOP SAIDIN
Ustaz Hj Yeop Saidin |
Keamanan di negara ini perlulah dipelihara oleh setiap penduduk masyarakat. Ia juga perlu disyukuri kerana bukan mudah untuk mendapatkannya kerana ada sesetengah negara tidak dapat menikmati negara yang aman sepeti yang kita perolehi. Cara yang perlu dilakukan oleh masyarakat islam umumnya adalah dengan meningkatkan TAKWA dan IMAN.
Keturunan bukanlah penjamin kepada pewaris untuk mendapatkan Iman dan Takwa. Malah sejarah telah mencatatkan bahawa sesetengah keluarga nabi dan rasul tidak mempunyai Iman yang setaraf. Sebagai contoh keluarga nabi Lut a.s yang mana anak-anak dan isterinya tidak beriman dengan Allah malah menentang dakwahnya.
* Maaflah, khutbah ni tidak dicatat, maka hanya sedikit perkongsian sahaja.
* Tambahan : Kesimpulannya disini walaupun kita mempunyai keturunan yang kuat agama dan disegani oleh masyarakat, bukanlah bermakna kita akan juga setaraf ilmu dan Iman mereka. Justeru kita perlulah berusaha dengan lebih gigih supaya terdapat kesinambungan keimanan dalam keluarga anda.
Jom dengar nasyid :)
IMAN MUTIARA - RAIHAN
LIRIK NASYID:
Iman adalah mutiara
Di dalam hati manusia
Yang meyakini Allah
Maha Esa, Maha Kuasa
Tanpamu iman bagaimanalah
Merasa diri hamba padaNya
Tanpamu iman bagaimanalah
Menjadi hamba Allah yang bertaqwa
IMAN TAK DAPAT DIWARISI
Dari seorang ayah yang bertaqwa
Ia tak dapat dijual-beli
Ia tiada di tepian pantai
Walau apapun caranya jua
Engkau mendaki gunung yang tinggi
Engkau berentas lautan api
Namun tak dapat jua dimiliki
Jika tidak kembali pada Allah
Jika tidak kembali pada Allah
...
No comments:
Post a Comment