Erti zuhud
Daripada Abbas, Sahl bin Sa’ad al-Sa’idy telah berkata, “Telah datang seorang lelaki kepada Nabi s.a.w lalu berkata : “Ya Rasulullah, tunjukkanlah kepadaku satu amalan yang sekiranya aku laksanakannya nescaya aku akan dicintai Allah dan dicintai manusia.” Lantas Rasulullah s.a.w menjawab yang bermaksud: “Berlaku zuhudlah di dunia nescaya engkau dicintai Allah. Berlaku zuhudlah pada apa yang ada di tangan manusia, nescaya engkau dicintai manusia.” (Riwayat oleh Ibn Majah).
Imam Malik r.a berkata: “zuhud itu bukanlah tidak beharta tetapi mengosongkan hati daripada mencintai harta secara berlebihan.”
Abdullah bin Abbas r.a berkata: “perkataan zuhud itu terdiri daripada tiga huruf iaitu zal, ha , dan dal. Zal bermaksud bekalan menuju akhirat. Ha pula bermaksud hidayah menuju agama. Manakala dal bermaksud istiqamah dalam melaksanakan ketaatan.”
Zuhud di pandangan para sahabat dan ulama’.
1.Syeikh Ibrahim bin Adham
Syeikh Ibrahim bin Adham pernah ditanya seorang lelaki: “Bagaimana cara engkau mencapai darjat orang zuhud?” Ibrahim menjawab: “ Dengan tiga hal.
Pertama, aku melihat kuburan itu sunyi dan menakutkan, sedang aku tidak menemukan orang yang dapat mententeramkan hatiku di sana.
Kedua, aku melihat perjalanan hidup menuju akhirat itu amat jauh, sedang aku tidak punya cukup bekal.
Ketiga, aku melihat Rab Yang Maha Kuasa menetapkan satu keputusan atasku, sedang aku tidak punya alasan untuk menolak keputusan itu.”
2. Salman al-Farisi
Gabenor Kufah ini telah menghairankan manusia menziarahinya pada hari-hari terakhirnya di dunia ini dengan tangisannya. Apabila ditanya mengapa beliau menangis, Salman menjawab : “sesungguhnya aku teringat sabda kekasihku, “Hendaklah kamu mengambil bekalan dari dunia ini seperti bekalan seorang yang bermusafir.” (Riwayat Ahmad dan Ibn Hibban)
Penduduk Kufah melihat tiada satu di dunia ini dimiliki oleh seorang Gabenor seperti Salman kecuali sebatang tongkat untuk berjalan, sehelai kain serban yang besar, sebiji cawan yang besar. Maka mereka bertanya Salman:”wahai gabenor, sesungguhnya kami tidak melihat apa-apa dunia pun daripadamu kecuali keperluanmu terhadap tiga benda ini sahaja.” Salman menjawab, “ itulah yang aku fikirkan. Bagaimana akan aku jawab di hadapan Allah s.w.t terhadap tiga benda yang aku miliki ini.”
Firman Allah:
77. Tidakkah kamu perhatikan orang-orang yang dikatakan kepada mereka[317]: "Tahanlah tanganmu (dari berperang), Dirikanlah sembahyang dan tunaikanlah zakat!" setelah diwajibkan kepada mereka berperang, tiba-tiba sebahagian dari mereka (golongan munafik) takut kepada manusia (musuh), seperti takutnya kepada Allah, bahkan lebih sangat dari itu takutnya. mereka berkata: "Ya Tuhan kami, Mengapa Engkau wajibkan berperang kepada Kami? Mengapa tidak Engkau tangguhkan (kewajiban berperang) kepada kami sampai kepada beberapa waktu lagi?" Katakanlah: "Kesenangan di dunia Ini Hanya sebentar dan akhirat itu lebih baik untuk orang-orang yang bertakwa, dan kamu tidak akan dianiaya sedikitpun[318].
[317] orang-orang yang menampakkan dirinya beriman dan minta izin berperang sebelum ada perintah berperang.
[318] artinya pahala turut berperang tidak akan dikurangi sedikitpun.
Pabila ditimpa musibah, ia kelihatan tenang.
Pabila diberi nikmat, ia sujud tanda syukur.
Pabila diuji dengan kemaksiatan, ia cepat bertaubat dan menghindarinya.
Wahai manusia, zuhud tidaklah bermakna tidak beharta.
Kekadang harta bukanlah pengukur kezuhudan seseorang.
Sesungguhnya cukup hanya mencintai kehidupan akhirat lebih dari mencintai kehidupan dunia.
Dunia penuh dengan kebahgiaan,
Dunia penuh dengan kesenangan,
Dunia penuh dengan kemewahan.
Tapi bagi para zuhud,
Apa guna kebahgiaan jika ia hanya untuk sementara?
Apa guna kesenangan jika ia hanya satu penipuan?
Apa guna kemewahan jika ia membawa kekejaman?
No comments:
Post a Comment