Pages

Tuesday, March 14, 2017

Zuhud

Zuhud

Amalan yang boleh dicintai oleh Allah dan makhluk adalah zuhud
zuhudlah terhadap dunia maka kau akan dicintai Allah
zuhudlah terhadap apa yang dimiiliki manusia, maka kau akan dicintai manusia

Monday, March 13, 2017

Mahu

Mahu

Betapa kerdilnya manusia berbanding tuhannya,
Hatta kemahuan Allah diatas kemahuan manusia.

Jika kita berkehendaki perkara kebaikan,
justru kita menempuhnya,
tapi ia hanya berlaku bila Allah berkendaki

Jelas, kehendak manusia tidak boleh mangatasi kehendak dan izinNya,
sekali lagi, lihatlah betapa lemahnya manusia
itupun masih sombong pada Allah

Sunday, March 12, 2017

Kaut

Hidup ni singkat, ilmu itu byk kautlah (dgn pelbagai cara) dari pengalaman orng lain dan buatlah sejarah kamu sendiri 
(yg bermanfaat utk org lain)
tiru dan tambah/perbaiki apa yg telah kita baca lihat dan analisa daripada pengalaman org lain.
betapa ramai orang yg mati semasa muda tapi meniggalkan catatan pemikiran dan pengalaman buat pedoman dan ikutan orang yg akan dtg
malah tmpohnya lebih drp usianya sendriri, itulah manfaat setelah mati, masih tetap segar kehidupan ilmunya

Saturday, March 11, 2017

Sebab

jagalah makan minum dan pakaian, yg haram darinya penyebab doa tidak diterima

Thursday, March 9, 2017

Cover : Opick Rapuh

Kali ni aku nak kongsi sikit bakat yang aku ada. Tak banyak sikit je. Jangan marah kalau suara aku tak berapa macho sebab aku memang tak berbakat dalam menyanyi. hehe.

Bagi yang pernah baca post aku tentang gitar sebelum ni mesti tau lagu Rapuh antara lagu favorite aku. Hampir tiap hari jugak aku main lagu ni sejak aku dengan housemate aku beli gitar. Tapi masa bosan2 je la aku main.

Korang bolehlah tengok post aku tentang macam mana aku boleh berjinak dengan gitar. Aku tulis tahun 2013 yang lepas. Klik sini klo nak baca.. http://mohdzahidzakaria.blogspot.com.eg/2013/01/gitar.html

Terfikir pulak nak rakam n share pada peminat aku (ecece :p) 
Aku suka lagu ni sebab lirik lagu dia mengingat aku serba sikit pada tuhan. So time main tu terfeeling sikit kadang2. seakan mengadu pada tuhan betapa aku ini sering jauh padaNya bergelumang dengan dosa di dalam dunia yang kejam dan singkat ni..

so enjoy la ye. debut pertama aku..


Lirik lagu
detik waktu terus berjalanberhias gelap dan terangsuka dan duka tangis dan tawatergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepihadir bagai teman sejatidi antara lelahnya jiwadalam resah dan air matakupersembahkan kepadaMuyang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkahkadang tak setia kepadaMunamun cinta dalam jiwahanyalah padaMu

maafkanlah bila hatitak sempurna mencintaiMudalam dadaku harap hanyadiriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalusemua berakhir padaMu





Aku?

Aku?

Merenungku pada bintang 
bosan,

bualku sorang,
sendirian,

kumencari yang mana antaranya
sebagai teman.

Wednesday, March 8, 2017

Makhluk

Makhluk

Semua benda dicipta,
oleh tuhan yang sama,
fungsi berbeza,
taat semuanya.

pernahkah kau lihat ada kecacatan,
dalam penciptaan?
Malaikat,haiwan, tumbuhan,
gunung,laut, bumi, langit, matahari, bulan,
semuanya tidak sombong dan derhaka pada suruhan tuhan,
masing2 menjalankan fungsinya dengan tekun.

kecuali iblis dan sebahagian manusia dan juga jin,
hinalah dirimu sendiri kerana tidak patuhnya kau berbanding haiwan anjing sekalipun
kerana mereka sentiasa bertasbih pada Allah walaupun kau tak tahu begaimana bicaranya mereka,
meletakkan kau lebih rendah dari segala makhluk!!

Mati

Mati

Betapa lekanya kita terhadap dunia,
bila ada kematian barulah ingat mati,
padahal peringatan itu ada setiap hari dalam rutin harian kita
iaitu Tidur!! Allah memegang ruh kita ketika tidur dan ada yang ditahan 
ada yang dikembalikan semula engikut waktu yang ditentukan,,
apakah kita tidak mahu berfikir lagi wahai orang yang mempunyai akal sihat?
tetaplah mengingati mati, perbaiki amal setiap hari,
kerana mati datang secara mendadak, tidak menyapa mu utk bertaubat sebelum dicabut nyawanya,
smenyuruh beriman sebelum mencabutnya,
maka berdoalah padaNya supaya kita mati dalam keadaan beriman,
semoga kita diberi hidayah

(39:42)

Monday, March 6, 2017

Doa

Doa

Doa adalah senjata orang mukmin,
mereka sentiasa berdoa jika ditimpa kesusahan
dan ketika inginkan kebaikan,
ada juga yang sombong tidak mahu berdoa
pada pencipta segala sesuatu,
maka sesatlah dia bersama-sama dengan kesombongannya !!

awas,
bila kau berdoa mintalah dunia dan akhirat,
jangan minta dunia sahaja,
nanti akhirat kau dirugikan..

tapi,
ada ketika bila dapat kesusahan baru kau berdoa,
ada ketika bila nak sesuatu baru berdoa,

rugi,
bila telah dilepaskan kesusahan atau diberikan kebaikan,
terus kau lupa kepadaNya

kenapa,
tidak terus istiqamah berdoa padaNya
tidak kira masa kau susah dan juga masa kau senang?

jadilah,
penyembah Allah yang setia jika kau mahu dipanggil hamba!!