Hafiz. Tulah ungkapan yang sering aku dengar dari bibir seorang ibu dan ayah. 'Ummi nak ada antara anak ummi ni yang tahfiz Quran'.'Seronok tengok kawan ummi tu anak-anak dia semuanya pergi sekolah tahfiz dan ramai jugak yang dah tahfiz'. Ujar ayahku, 'tengoklah anak-anak abah ni semua abah masukkan sekolah tahfiz tapi semunya tak menjadi' 'Abah kalau boleh nak anak-anak abah ni ada pelajaran sains termasuk hafaz quran, sebab kedua-duanya penting'. Sekarang tinggallah aku dan adikku untuk memikul tugas ini sebab abang-abangku dan kakak-kakak ku 'tewas' di pertengahan jalan. Tidak boleh mempersalahkan mereka, sebab mungkin bukan rezeki mereka.
Aku dengan tekad mahu menjadi tahfiz supaya dapat memenuhi permintaan kedua orang tuaku. Pertama sebab orang yang tahfiz boleh memberi kelebihan membawa 10 orang masuk ke syurga. Keduanya, aku tak pernah menyumbang apa-apa pada keduanya dan ini mungkin peluang aku untuk berjasa. Harapan menjadi tahfiz seakan-akan terbuka buatku apabila tawaran pergi temuduga ke Darul Quran dibuka. Waktu itu aku sedang belajar di SBPI Gopeng. Ingat lagi di benak fikiranku, waktu itu ibu dan ayahku beria-ia mahuku pergi sehinggakan mereka yang memenuhkan semua borang pendaftaran tu. Apa tidaknya, Darul Quran adalah tempat yang termasyhur di Malaysia ini dengan dijamin pendidikan di UIA kelak selepas menjadi tahfiz. Tambahan pula elaun bulanan turut diberikan kerana ditaja oleh kerajaan.
Temuduga tu dibuat selepas keputusan percubaan SPM keluar. Result percubaan masa tu agak teruk. 2A je. aku dengar nak masuk DQ mesti sekurang-kurang 5A. Mase tu dah rase macam tak ade harapan. Tapi sokongan dan dorongan ibu dan ayahku, aku tetap pergi. Tempat temuduga tu dekat SA Izzuddin. Ingat lagi waktu semua pergi dengan bas, aku je ibuku hantar ke sekolah tu mungkin nak beri semangat.
BERSAMBUNG....
BERSAMBUNG....
No comments:
Post a Comment