Pages

Thursday, June 30, 2011

Malang tidak pernah berbau..

Durian!!

Durian durian!! Nah, hari ni first time jual durian. Maklumlah musim buah tu sekarang ni. Terima kasih pada abang Lan sebab susah-susah amik durian dari Lenggong dan hantar ke Ipoh malam semalam. 19 biji buah semuanya dan semua habis dijual dalam masa 3 jam sahaja!! Alhamdulillah setakat hari ni takde masalah yang berlaku. Esok jual lagi dan tak sabar-sabar nak tunggu macamne hasilnya.
Gambar hiasan, haha

Hari ni jugak berlakunya peristwa malang sebab terjatuh daripada motosikal AHA910. Nak kata laju tak jugak, mungkin boleh salahkan jalan yang dipenuhi tanah kot sebab bila brek je kat simpang nak ke kanan tiba-tiba motosikal tergelincir. Mamat yang ternampak tadi pon nampak risau jugak. Nasib baik cedera ringan aje dan moto mungkin alignment tayar belah depan terlari sikit. Asalkan semuanya okey. Terkejut gak sebab ni first time kot jatuh moto. huhu..

Safiq Rahim (kiri)

Malaysia mengatasi Taiwan 2-1 dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014 pusingan ke-2 di stadium Bukit Jalil malam tadi. Lebih kurang 30 ribu penonton membanjiri stadium dan jumlah penonton jarang seramai ini. Jaringan Malaysia dijaringkan oleh Safiq Rahim dan Aidil Zafuan. Tahniah Malaysia!!

Em, cuba teka mana satu Aidil ni??

No comments:

Post a Comment