Penulisan pada kali ni saya ingin kongsikan sebuah cerita.
Ceritanya agak menarik untuk kita selami dan hayati..
Kisah ini diambil dari majalah solusi isu 22, (nak bt crita sendri xpndai, so, trpaksala amik dari bhn bacaan ni)
Tajuk:KEPANDAIAN YANG BERBEZA
Satu hari seorang profesor bijak pandai sedang menyeberang sebuah sungai yang luas dengan sebuah sampan yang didayung oleh seorang pakcik pendayung.
Di tengah perjalanan, profesor bertanya,''kamu pandai menulis dan membaca?''
''tidak tuan. Saya buta huruf,'' jawab pendayung sampan.
''Oh, kamu sudah hilang separuh daripada kehidupan kamu! Orang yang tidak pandai menulis dan membaca telah hilang separuh keupayaan untuk hidup dengan berjaya.''
Sampan terus bergerak meredah sungai yang luas itu.
Sejurus kemudian,profesor bertanya lagi,''kamu ada membuat simpanan wang untuk masa depan?''
'Tiada tuan. Pendapatan saya hanya cukup-cukup makan,'' jawab pendayung sampan lagi.
''Kalau begitu, kamu hilang lagi separuh daripada kehidupan kamu. Mana mungkin orang yang tidak menyimpan wang boleh hidup dengan selesa pada masa tua nanti.''
Sampan terus bergerak. Tiba-tiba sampan itu terlanggar bucu sebuah batu dan bocor. Air mula memasuki sampan.
Mereka berdua bergegas mengambil apa jua bekas untuk mencedok air keluard dari sampan. Namun usaga mereka tidak berhasil kerana air begitu deras masuk. Ternyata sampan itu akan tenggelam!
Dalam keadaan cemas itu, si pendayung bertanya kepada profesor, ''Tuan! Tuan pandai berenang?''
''Er,er, saya tidak tahu berenang!'' jawab profesor panik.
Kalau begitu tuan akan kehilangan seluruh hidup tuan!''
Pengajaran:Allah tidak jadikan manusia ini bodoh, tetapi Dia jadikan setiap orang mempunyai kepandaian yang berlainan. Masing-masing punya kelebihan dan kekurangan tersendiri. Jadi, tidak ada manusia bodoh, yang ada hanya manusia dengan kepandaian yang berbeza.
Semoga kita sama-sama mengambil iktibar daripada kisah ini.
Wallaua'lam..
serius best cerita ni!
ReplyDeletemenarik2..
thanks 4 sharing..