Pages

Monday, September 21, 2015

Tinta

Setiap yang bernyawa pasti akan mati. Itu sudah pasti. Setelah itu tiada lagi amalan yang akan dihisab  (dikira) melainkan 3 perkara (menurut hadis yang sering kita dengar) iaitu doa anak yang soleh, ilmu bermanfaat dan sedekah jariah.

Kita mellihat bagaimana para ulamak begitu cerdik dan cerdas dalam memikirkan hal ini sehinggakan mereka berusaha siang dan malam menulis dan membukukan hasil pemikiran dan anugerah yang diberikan pada mereka. Dengan hal itu, maka mereka dapat beramal (menyampaikan ilmu) meskipun mereka telahpun meninggal dunia. Lihat sahaja perawi-perawi hadis seperti Imam Bukhari dan Imam Muslim; 4 imam besar kita termasuk Imam Syafie yang mengarang pelbagai kitab dan merekodkannya untuk manfaat buat ummat beratus tahun lamanya juga seperti ulama yang disegani sekarang iaitu Syeikh Yusof Al-Qaradhawi. 

Dengan beberapa contoh yang diambil daripada mereka, maka aku juga mengira haruslah terus bersemangat untuk menyampaikan apa yang aku fikirkan bermanfaat untuk ummat ini tidak kiralah kisah pengalaman yang dialami, kerana mungkin ia boleh menjadi motivasi pada penggerak-penggerak agama Allah khasnya dan pada pengusaha di bumi Allah amnya.Maka aku terdetik dalam diriku sia-sialah jika aku tidak menjejaki amalan yang dilakukan para ulama ini yang dipandangan kita sangat kecil tapi hakikatnya ia lebih bermanfaat buat kita apabila kita mati kelak. Sepanjang ada yang membacanya dan mempraktikkannya, maka kita juga mendapatkan pahalanya !!

Jadi teruslah bersemangat wahai tinta-tinta sekalian !! 

No comments:

Post a Comment