BERBUAT BAIK KEPADA IBU BAPA
15. Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu
bapaknya, ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan
susah payah (pula). Mengandungnya sampai menyapihnya adalah tiga puluh bulan,
sehingga apabila dia telah dewasa dan umurnya sampai empat puluh tahun ia
berdoa: "Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah
Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan supaya aku dapat berbuat amal
yang saleh yang Engkau ridhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi
kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan
sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri."
Dalam ayat ini Allah memerintahkan kita sebagai manusia untuk berbuat baik kepada ibu bapa. Ia dirakamkan di dalam Al-Quran iaitu surah Al-Ahqaaf ayat 15 (46:15). Seorang ibu bersusah payah mengandung dan melahirkannya. Ayat ini menerangkan juga bahawa tempoh jarak antara mengandung dengan putus daripada meminum susu adalah 30 bulan (iaitu 9 bulan 10 hari dan 1 tahun 8 bulan 20 hari untuk tempoh menyusu). Allah juga mengajar kita untuk berdoa dengan doa seperti berikut:
Maka berbuat baiklah dengan ibu bapa.