Pages

Thursday, August 28, 2014

Tadabbur ayah - 46:15

BERBUAT BAIK KEPADA IBU BAPA


15. Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapaknya, ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah (pula). Mengandungnya sampai menyapihnya adalah tiga puluh bulan, sehingga apabila dia telah dewasa dan umurnya sampai empat puluh tahun ia berdoa: "Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan supaya aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau ridhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri." 

Bismillah..


Dalam ayat ini Allah memerintahkan kita sebagai manusia untuk berbuat baik kepada ibu bapa. Ia dirakamkan di dalam Al-Quran iaitu surah Al-Ahqaaf ayat 15 (46:15). Seorang ibu bersusah payah mengandung dan melahirkannya. Ayat ini menerangkan juga bahawa tempoh jarak antara mengandung dengan putus daripada meminum susu adalah 30 bulan (iaitu 9 bulan 10 hari dan 1 tahun 8 bulan 20 hari untuk tempoh menyusu). Allah juga mengajar kita untuk berdoa dengan doa seperti berikut:

 رَبِّ أَوْزِعْنِى أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِى أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِى فِى ذُرِّيَّتِى إِنِّى تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّى مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ
 “Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku jalan untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim.

Maka berbuat baiklah dengan ibu bapa.

Sunday, July 6, 2014

Berhenti

Berhenti.

Ia bukan keputusan yang mudah. Oleh kerana mengejar impian yang sudah hampir terkubur, aku rela untuk berhenti daripada tempat kerja. Bukan wang yang aku kisahkan, walaupun wang itu perlu untuk membeli keperluan hidup. Aku berserah sebulat-bulatnya kepada Allah seperti mana aku berserah sebulat-bulatnya ketika aku dihidupkan tanpa sebarang bantahan. Aku tahu pasti akan ada jalan untuk orang yang bercita-cita seperti aku.

Pengalaman.

Keputusan aku untuk berhenti adalah perkara biasa dalam industri pembinaan. Cuma apa yang pelik adalah alasan aku untuk berhenti. Pengalaman bekerja dalam sektor pembinaan amatlah mencabar. Pelbagai karenah manusia perlu ditempuhi. Secara ringkasnya, aku bermula bekerja di Bina Puri Sdn Bhd secara rasminya selepas tamat sahaja pembelajaran aku di Seri Iskandar. Aku diserapkan terus sebagai pekerja setelah 4 bulan membuat latihan industri di projek KLIA2 iaitu dari 25 Februari 2013 sehingga 22 Jun 2013. Tanpa keputusan akhir Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pengurusan Sumber Manusia, aku diterima masuk bekerja pada 15 Julai 2013. Khidmat aku diperlukan segera memandangkan jawatan 'Human Resource Assistant' akan dikosongkan oleh Nurul Hidayah Aniaz Azman yang juga mentor aku di projek KLIA2. Peluang tersebut aku ambil dengan harapan aku boleh 'memecahkan ais zaman pekerjaan'.

Karenah

Waktu bekerja aku adalah 6 hari seminggu dari hari Isnin sehingga hari Sabtu. Ini bermakna aku dan juga rakan-rakan sekerja aku dikerah 100 peratus oleh pihak majikan. Pihak majikan menggunakan kami semaksima yang mungkin iaitu 48jam seminggu seperti yang dibenarkan oleh Akta Pekerjaan 1957. Ada juga dikalangan kami perlu bertugas pada hari Ahad dan setelah itu boleh digantikan dengan 1 hari cuti.

bersambung... hehe..

*dah lama tak tulis, kira post kali ni sebagai warm up.. banyak pulak nak cerita..