Pages

Wednesday, December 11, 2013

KLIA2



Projek KLIA2 adalah sebuah lagi terminal kapalterbang milik Malaysia Airport Holding Bhd (MAHB) yang boleh dibanggakan oleh seluruh rakyat Malaysia. Ia dibangunkan kerana faktor kapasiti LCCT yang rendah dan tidak mampu untuk menampung pengunjung atau pelanggan yang makin meningkat saban tahun. Justeru, pembukaann KLIA2 adalah sangat penting bagi menggantikan LCCT sekarang yang sinonim dengan syarikat Air Asia, milik Tony Fernandes.

Pandangan atas KLIA2


Projek ini mula beroperasi sejak September tahun 2009 lagi dan dijangka siap pada tahun 2011. Namun, oleh sebab-sebab tertentu, projek ini ditangguhkan ke beberapa tahun dalam banyak peringkat. Dikhabarkan projek ini telah 9 kali ditangguhkan dan sehingga kini, kontraktor-kontraktor masih belum bersedia untuk menyerahkan sepenuhnya KLIA2 itu kepada pelanggan mereka iaitu MAHB. 

Skybridge dari pandangan darat


Kontraktor utama yang terlibat adalah UEMC Bina Puri JV dan WCT. Syarikat UEMC dan Bina Puri Sdn Bhd telah bersetuju untuk bekerjasama dalam memastikan projek mega ini berjalan dengan lancar. Kos yang meningkat kepada kira-kira 4 billion ini telah melangkaui kos asal iaitu 1.2 billion. Hal ini berlaku kerana mengikut faktor keselamatan dan  bahan binaan dari asal lakaran yang bertukar supaya kualiti lapangan terbang dapat ditingkatkan.

S6 dan S7
 Minta doa semua semoga KLIA2 dapat mencapai tempoh yang ditetapkan dan juga dalam masa yang sama dalam tahap kualiti yang tinggi. Semoga dipermudahkan, amin.