Pages

Monday, November 21, 2016

Diri

Diri
Bosan dengan sunyi
Ciptaanku sendiri
Tiada orang disisi
Itukah apa yang ku idami?
Makin aku jauhi
Makin kau dekati
Bagai tarikan graviti
Tak bisa aku pinggir ke tepi
Wahai Duniawi
mengapa kau buat aku begini?
Hidupku tiada lagi bererti
Seolah tuhan tanpa disisi
Aku sangat yakini
Sementara cuma aku bisa nikmati
Dibanding dengan esok hari
Kehidupan yang diimpi setiap generasi
Kumohon pada ilahi
Semoga kau ampuni
Dosa hambamu yang lemah ini
Yang diuji saban hari

Thursday, September 24, 2015

Hutang

Segala Puji BagiNya,
Tuhan Semesta Alam,
Engkaulah Pemberi Rezeki,
Kepada Siapa Kau Mahukan,

Alangkahnya Terseksanya,
Dibelenggu Oleh Hutang,
Namun Manusia Itu Alpa,
Hutangnya Makin Bertambah,

Alangkah Ruginya mereka,
Mengikut Hawa Nafsu Serakah,
Hutang Yang Memakan Diri,
Dituntut Didunia Dan Akhirat,

Wahai Manusia, Berhutanglah,
Jika Kau Mampu Membayarnya,
Jangan Kau Biasa Berhutang,
Nanti Memakan Diri Sendiri.

Maka Layakkah Aku Bersenang-Senang,
Walhal Orang Lain Yang Menanggung Hutang?
Cukuplah Aku Dengan Kehidupan Yang Sederhana,
Kerana Dunia Adalah Sementara.

Muhammad Zahid Zakaria
Kaherah Mesir
14 Oktober 2014

Tuesday, September 22, 2015

Kau Sang Pendosa

Indahnya Alam,
Seperti Penciptanya,
Indahnya Kehidupan,
Limpahan Rahmatnya.

Wahai Sang Pendosa,
Tidakkah Kau Mahu Melihat,
Tanda-tanda Kekuasaannya?
Nikmat Yang Telah Kau Kecapi,
Sungguh Mudah Kau Berlaku Kufur,

Masih Ada Hati Beramal Kerana Manusia,
Masih Mengharap Balasan Pahala Semata-Mata,
Bukankah Kau Sang Pendosa?
Tidakkah Kau Mahu Beramal Kerana Allah itu Penghapus Dosa?

Wahai Sang Pendosa,
Kembalilah Pada Yang Maha Esa,
Mustahil Sang Pendosa DiredhaiNya,
Melainkan Dia Bertaubat Dengan Taubat Nasuha!!

Muhammad Zahid Zakaria
Kaherah, Mesir
1 Oktober 2014