Pages

Wednesday, January 16, 2013

Gitar....

Pengalaman Main Gitar

Pertama kali petik gitar masa umur 19. Sebelum tu takut-takut je nak petik gitar sebab tak tahu main. Kalau main mesti tak sedap. Lepas tu terfikir plak masa dulu-dulu ramai yang kata gitar haram. Jadi bertambah-tambah lah jauh dari gitar. Bila pegang tali dia memang keras dan sakit. Tak sampai setengah jam main mesti rasa lebam kat jari-jari ni. Aku main gitar petik pakai tangan kanan dan sebelah kiri plak tekan kord tali. Yang selalu sakit belah kiri lah sebab tekan tali lama. Tangan kanan streaming. Mula-mula memang lah 'excited' nak blajar semua kord mcm kord 'A' blah mana kord 'B' blah mana. Nak main gitar ni asasnya kene ingat kord A, B, C, D, E, F, G. Lepas huruf tu dah takde. Hah, nampak tak banyak kan? Tapi sebenarnya ada banyak simbol yang ditambah kat huruf2 tu tadi mcm Em, F#m, B#m dan lain-lain. Lama jugak nak ingat kedudukan kord tu. Kord yang mula-mula belajar dan berlatih 4 kord je. Kord G, D, C, dgn A. Dulu main ulang-ulang tu je sbb paling senang nak main. Sekarang dah boleh main kord2 yang lain. Dia ada 3 jenis gitaris, bass, solo, rythm. Yang aku slalu main ni rythm. Main streaming je. Solo plak main petik satu-satu tali. Susah sikit. Bass main satu atau dua tali je. Tak best sgt.

Gitar

Gitar ni abang aku bagi. Dia kate gitar ni legend sebab dah tak de orang guna siap buat astray lagi. Lepas tu dia amik pasang tali. Lepas dia beli gitar yang lagi besar dia bagi kat aku. Mcm tu lah lebih kurang cerita aku dapat gitar ni. Dapatlah aku main tiap-tiap hari.Terima kasih lah.. hehe..

stiker No Problem- bagi semangat skit nak main

Bahagian depan gitar

Belakang gitar ada stiker jata Negeri Perak

Bag Gitar


Hobi Main Gitar

Gitar selalu sandar tepi dinding. Kalau bosan-bosan tu amik gitar main lagu. Lagu tiap hari sama je. Kalau rajin sikit bukak laptop carik kord gitar. Carik kord yang senang nak main je. Lepas tu main gitar ngadap laptop. Kadang-kadang main satu lagu je untuk setengah jam atau satu jam. Kalau rajin skit main semua lagu yang aku tahu, Dah dekat 3 tahun main gitar tapi 6 buah lagu je yang melekat. haha..

Nas Tentang Main Gitar

Assalamualaikum,

Saya sudah lama berniat untuk belajar bermain gitar untuk hiburan diri saya sendiri apabila saya memerlukannya (sekadar untuk menghiburkan hati dan tidak keterlaluan).
Tapi niat saya terbatas kerana saya pernah dengar bahawa hukum bermain alat muzik bertali adalah haram.
Saya ingin mendengar penjelasan Ustaz sendiri mengenai hal ini dan bolehkah ustaz membawa dalil yang kuat untuk hal ini. Terima kasih ustaz...

Waalaikumusssalam,

Tidak ada sebarang nas yang menyebut tentang gitar dengan jelas didalam hadith-hadith soheh. Kerana itulah berlaku khilaf dikalangan ulamak2 tentang hukum bermain gitar ini.

Ada yang mengharamkannya sama sekali samada menyebabkan lalai atau pun tidak.

Ada yang mengharuskannya dengan alasan tidak memberi sebarang kemudaratan.

Pendapat setengah ulamak pula mengharuskan bermain dengan syarat :

1. Untuk sekadar hiburan sendiri sahaja.

2. Tidak bercampur dengan perkara2 yang haram seperti dadah, perempuan atau seumpamanya.

3. Tidak dijadikan sebagai sumber pendapatan.

4. Tidak lalai daripada kewajipan dan tidak menyebabkan orang lain jadi lalai.

Jika saudara ingin bermain juga maka pendapat terakhir ini adalah elok untuk di ikuti. Janganlah sampai tak hadir ke surau dan masjid untuk belajar agama disebabkan oleh permainan. Hiburan diharuskan oleh Islam hanyalah untuk menghilangkan rasa jemu atau bosan bukannya dijadikan perkara penting dalam kehidupan.

Jika hanya berhibur tapi tak pernah hadir ke masjid dan surau untuk solat dan belajar agama maka jelaslah ini adalah hiburan yang diharamkan oleh Islam.

DI JAWAB OLEH USTAZ AZHAR IDRUS

sumber: http://suraualikhlas-sgbuaya.blogspot.com/2009/11/hukum-main-gitar.html


Lagu, Kord dan Lirik yang aku pandai main..

1. Opick: Alhamdulillah




Kord Gitar serta lirik lagu:
Intro: G D C G Em D G
G D C G Em D C
G     D      G
Bersujud kepada Allah
G     D          G
Bersyukur sepanjang waktu

C       D       G        Em
Setiap nafasmu, seluruh hidupmu
Am      B    Em
Semoga diberkahi Allah
G        D      G
Bersabar taat pada Allah
G    D        G
Menjaga keikhlasannya
C      D       G         Em
Semoga dirimu, semoga langkahmu
Am     B         Em
Diiringi oleh rahmatNya
C       D       G        Em
Setiap nafasmu, seluruh hidupmu
Am      B      Em
Semoga diberkahi Allah
G        D    C      G
Alhamdulillah wasyukurilah
Em      D       G
Besyukur padamu ya Allah
G   D        C    G
Kau jadikan kami saudara
Em      D      C
Indah dalam kebersamaan
[interlude] Am G Am G Am Em D C
G     D      G
Bersujud kepada Allah
G     D          G
Bersyukur sepanjang waktu
C       D       G        Em
Setiap nafasmu, seluruh hidupmu
Am      B      Em
Semoga diberkahi Allah
C      D      G         Em
Semoga dirimu semoga langkahmu
Am     B         Em
Diiringi oleh rahmatnya
A        E    D       A
Alhamdulillah wasyukurilah
F#m      E       A
Besyukur padamu ya Allah
A    E       D    A
Kau jadikan kami saudara
F#m     E      A
Indah dalam kebersamaan
A        E    D      A
Alhamdulillah wasyukurilah
F#m      E        A
Besyukur padamu ya Allah
A    E       D    A
Kau jadikan kami saudara
F#m       E      A
Hilanglah semua perbedaan
A        E    D      A
Alhamdulillah wasyukurilah
F#m     E       D
Bersyukur padamu ya Allah
G     D      C
Bersujud kepada Allah
Em     D          G
Bersyukur sepanjang waktu



2. Opick: Rapuh

Kord Gitar serta lirik lagu:


F#m     C#m   F#m      C#m
detik waktu terus berjalan
Bm      E             A
berhias gelap dan terang
 Bm             F#m
suka dan duka tangis dan tawa
  C#              F#m  C#  D  C#
tergores bagai lukisan

F#m       C#   F#m     C#
seribu mimpi berjuta sepi
Bm           E         A
hadir bagai teman sejati
Bm          F#m
di antara lelahnya jiwa
C#              F#m
dalam resah dan air mata
  Bm          F#m
kupersembahkan kepadaMu
     C#                F#m
yang terindah dalam hidupku

           Bm             E
meski ku rapuh dalam langkah
              A        D
kadang tak setia kepadaMu
        Bm         C#
namun cinta dalam jiwa
        F#m
hanyalah padaMu

         Bm         E
  maafkanlah bila hati
            A           D
  tak sempurna mencintaiMu
         Bm            C#
  dalam dadaku harap hanya
             F#m
  diriMu yang bertahta


Interlude : Bm E A Bm C# F#m 2x
Balik ke *
Interlude : F#m E A G#m F# E

          C#m            F#
meski ku rapuh dalam langkah
              B        E
kadang tak setia kepadaMu
       C#m         D#
namun cinta dalam jiwa
        G#m
hanyalah padaMu
      C#m        F#
maafkanlah bila hati
          B           E
tak sempurna mencintaiMu
        C#m           D#
dalam dadaku harap hanya
           G#m
diriMu yang bertahta

G#m      D#   G#m      D#
detik waktu terus berlalu
C#m      D#      G#m
semua berakhir padaMu




3. Hujan: Kotak Hati


Kord Gitar serta lirik lagu:

 G                       Dm                    
tak usah kau terangkan ku tahu 

  C                       Am
potret wajahmu di setiap penjuru 

G                       Dm
curahkan deritamu padaku 

C                        Am
biarku rasa apa yang kau lalu 

            Chorus..

Am              G
   Terang terang....
C               
bersama rasa sayang
Em
ku biarkan kau terbang
Am           G
terang terang
C
sudut kecil ku isi 
Am
untuk senyuman mu lagi    

Continue as usual
          G Dm C Am -




4. Hujan: Bila Aku Sudah Tiada



Kord Gitar serta lirik lagu:

Chorus:
    G                    Bm
Bila aku sudah tiada,
      C
Simpan semua laguku,
      D
Jangan ditangis selalu
        G                       Bm
Mungkin untuk sementara
   C                                  D                    G
Bila jumpa penggantiku jangan dilupakan aku.

Em           D      C          G
Pagi itu indah seperti biasa,
Em              D       C           G
Tidur yang lena terhenti di sana,
Em         D        C                G
Mayak kuyu masih tak berdaya
Em                  D        C              G
Buka lah tingkapmu curah kan cahaya

C                         Bm
Siapa yang tersangka,
   C                           D
Bila tiba masa untuk kita pergi selamanya
C                Bm
Takkan terduga
  C                       D
Jika saat ini tuhan tentukan aku lah orangnya...

Chorus:
    G                    Bm
Bila aku sudah tiada,
      C
Simpan semua laguku,
      D
Jangan ditangis selalu
        G                       Bm
Mungkin untuk sementara
   C                                  D                    G
Bila jumpa penggantiku jangan dilupakan aku.

   Em    D       C                 G
gelak tawa tangisan yang hiba,
    Em         D       C          G
kenangan kita, masa di dunia
  Em D    C              G
alangkah indahnya jika
  Em      D       C              G
kita mampu hidup selamanya.

C                         Bm
Siapa yang tersangka,
   C                           D
Bila tiba masa untuk kita pergi selamanya
C                Bm
Takkan terduga
  C                       D
Jika saat ini tuhan tentukan aku lah orangnya...



5. May: Kau Umpama Bunga Yang Mekar Dihatiku



Kord Gitar serta lirik lagu:

intro - G Bm C D x2

Em         D            Em                 C            D     Em
Kau umpama bunga yang mekar di hatiku Ku harap kau mekarlah selama-lamanya
Em         D            Em                C             D    Em
Kau umpama bintang menyinari hidupku Ku harap kau terus bersinar

Bridge:

Bm            Em           Am         Em            Bm           C      
Ketika kau perlukan aku Sentiasa aku ada di sisi mu Ketika ku rindu padamu
  G            D
terasa cinta Semakin dalam...

Chorus:

  G       Bm             C                    D      C                  D
Sayang..Kasihku abadi cinta mu mekar di hati ini Kau dalam ingatan di sepanjang hayatku
     C                D          G
Demi teguhnya cinta selama-lamanya

Bridge:

Bm            Em           C          Em            Bm           C      
Ketika kau perlukan aku Sentiasa aku ada di sisi mu Ketika ku rindu padamu
  G            D
terasa cinta Semakin dalam...

Chorus:

 G       Bm             C                    D      C                  D
Sayang..Kasihku abadi cinta mu mekar di hati ini Kau dalam ingatan di sepanjang hayatku
     C                D          G
Demi teguhnya cinta selama-lamanya

Em         D            Em                 C            D     Em
Kau umpama bunga yang mekar di hatiku Ku harap kau mekarlah selama-lamanya
Em         D            Em                C             D    Em
Kau umpama bintang menyinari hidupku Ku harap kau terus bersinar




6. Michael Heart: We Will Not Go Down




Kord Gitar serta lirik lagu:


Intro:

Am x4

Am                          C
A blinding flash of white light
            G               Am
Lit up the sky over Gaza tonight
   Am                  C
People running for cover
                 G                     Am
Not knowing whether they’re dead or alive

Dm                                        Am
   They came with their tanks and their planes
Dm                       Am
   With ravaging fiery flames
Dm                 F
   And nothing remains
        C                       G
Just a voice rising up in the smoky haze

        F       C
We will not go down
        Am               G
In the night, without a fight
         F                            C 
You can burn up our mosques and our homes and our schools
        Am                 G
But our spirit will never die
        Am      G
We will not go down
           Am
In Gaza tonight

  Am                 C
Women and children alike
                 G                   Am
Murdered and massacred night after night
             Am                            C
While the so-called leaders of countries afar
   G                       Am
Debated on who’s wrong or right

Dm                                   Am
  But their powerless words were in vain
Dm                                   Am
  And the bombs fell down like acid rain
G                               Am
  But through the tears and the blood and the pain
         C                                  Em
You can still hear that voice through the smoky haze


        F       C
We will not go down
        Am               G
In the night, without a fight
        F                            C  
You can burn up our mosques and our homes and our schools
        Am                 G
But our spirit will never die
        Am      G
We will not go down
        Am      
In Gaza tonight

        F       C
We will not go down
        Am               G
In the night, without a fight
         F                            C 
You can burn up our mosques and our homes and our schools
         Am                 G
But our spirit will never die
        F       C
We will not go down
        Am               G
In the night, without a fight
        Am      G
We will not go down
           Am
In Gaza tonight



Sekiannnn.. Lepas ni ni ceghita pasal motor plak.. haahaa..

Tuesday, December 25, 2012

Peperiksaan Akhir semester 5

Peperiksaan akhir semester 5 ni bagi pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia seluruh UiTM akan bermula 4 Januari 2013 termasuklah diri aku.

Bawah ni subjek yang kitorang amik:-

Subjek Semester 5

Ni jadual periksa kitorang:-

4 Januari 2013  - Industrial Relations
7 Januari 2013 - Strategic Management
11 Januari 2013 - Change and Organization Development
14 Januari 2013 - Compensation and Benefits
18 Januari 2013 - Performance Management
21 Januari 2013 - Research Methods

Semester 6 pulak kitorang perlu pergi keluar praktikal di mana-mana industri selama 4 bulan lebih iaitu dari 4 Februari 2013 hingga 21 Jun 2013 dan akan diuji dengan viva seminggu selepas tu mengikut supervisor-supervisor masing-masing. Lepas habis praktikal masing-masing kene barsaing untuk dapatkan kerja. huhu..

Harap lulus semester ni. Tak naklah repeat.. 


Tuesday, November 6, 2012

Hati-Hati

Melihatkan jam sudah pun pukul 5.00 petang aku segera bergegas menghidupkan enjin motor. Aku teringatkan janjiku terhadap makcik untuk datang ziarah beraya di rumahnya pada pukul 6.00 petang ini. Walaupun jarak antara Meru dengan Tambun tidaklah jauh sangat, kawasan Ipoh juga tapi ia memakan masa. 

"Macam mana? Hang jadi pergi sekali tak?", ujarku kepada rakan sekelasku, Asnida.

"Tak bolehlah. Mak aku tak bagi. Kirim salam jelah kat makcik ngan pakcik ye.", jawab Asnida.

"Orite!", balasku. 

Sebelum bergerak ke Tambun, aku dijemput ke rumah terbuka di rumah kakak Asnida di Meru berdekatan dengan pusat membeli belah Mydin. Aku dijamah dengan bihun goreng dan kuih yang dibuatnya sendiri katanya lah. Tapi boleh tahan jugak masakan dia. Ramai-ramai kawan kelas dia, aku dengan Zohrin je yang berkesempatan datang raya rumah dia. Jadi banyaklah makanan yang tak habis. 

Aku singgah ke Mydin terlebih dahulu untuk beli kuih raya ala-ala buah tangan. Segan kalau tak bawak apa-apa pergi ke rumah orang. Keadaan cuaca makin mendung. Risau jugak kalau-kalau hujan turun. Aku teruskan perjalanan melalui jalan High-Way Ipoh menuju ke susur keluar Tambun. Masih aku ingat jalan ke rumah makcik dan pakcik kerana kerap juga pergi setelah satu 'peristiwa hitam'. 

Sampai sahaja di rumah, aku berikan salam. Aku disambut oleh makcik dan pakcik serta anak bongsunya. Maka aku pun hulurkan kuih raya yang baru dibeli tadi kepada mereka dan kami pun masuk dan duduk di meja makan. Atas meja tu aku lihat banyak kuih dan maruku.

'Makcik ni biasa buat kuih raya sendiri, tapi tahun ni tak larat. Ni yang atas meja ni pun banyak orang bagi. Maruku tu makcik buat pun sebab orang tempah. Orang kat sini suka tempah kat makcik.' terang makcik kerana perasan aku melihat kuih-muihnya.

'Oh, yeke', jawabku ringkas sambil tersenyum. Aku jenis yang tak tahu bawak bersembang. Orang kata cakap 5 patah jawab 1 patah je. 

'Sebelum terlupa, saya nak sampaikan salam kawan-kawan saya dan keluarga saya kepada keluarga pakcik'

'Waalaikumsalam'.

Kami bersembang sambil makan bihun sup masakan makcik. Mereka ingin berpindah secara berperingkat ke Parit Buntar kerana di sana adalah halaman kampung mereka. Ramai sanak saudara disana. Oleh faktor kerja dan menunggu waktu pencen, maka mereka berkeputusan untuk tinggal di Ipoh untuk beberapa bulan lagi. 

Puas bersembang, aku pun beransur pulang. Teringat pula solat Asar belum lagi didirikan. Nak minta solat di rumah mereka segan. Maka memecutlah aku dengan motosikal Yamaha Lagenda 110z bewarna hijau tu. Pada kiraan aku, perjalanan dari situ ke rumahku Sg Rokam adalah lebih kurang 20 minit juga. 

Hujan pada waktu ni telah pun turun dengan renyainya. Masa makin suntuk. Jarum meter semakin naik dari 60, 80 KM/jam. Orang kata malang tak berbau. Lampu isyarat di hadapan seakan-akan tidak pernah muncul di pandangan tiba-tiba muncul. Mungkin aku berangan atau sedang fikirkan solat yang aku tidak laksanakan tadi. Lampu isyarat sedang berlampu merah. Jarak motosikal dengan lampu isyarat lebih kurang 10 meter. Dengan jalan yang licin serta tidak diturap (permukaan jalan digantikan dengan batu bata) maka aku sedaya upaya untuk menghentikan kenderaanku. 

Aku praktikkan apa yang diajar semasa ambil lesen memandu dahulu. Perkara basic orang kata. Mula-mula lepaskan pedal tangan lepas tu tekan brek kaki. Last sekali baru tarik brek tangan. Masa tarik brek tangan tu mulalah motosikal jadi tak stabil. Akibat terlalu licin, motosikal yang aku tunggang tu jatuh. Jatuh ke sebelah kiri dan aku pun terpelanting ke depan sementara motosikalku di belakang. Ahh, jatuh lagi. Aduyainye pon. 

Masa ni teringat pulak masa jatuh kali pertama berlanggar dengan kereta mewah. Masa ni tak risau pada diri sendiri tapi risau sangat dengan keadaan kereta yang kene langgar tadi. Kalau calar berapa lah nak kena bayar. Tak mampu aku nak membayarnya. Brek suma makan, keadaan jalan kering tak hujan tapi akibat laju memotong kat jalan sempit, tambah lagi kereta dengan tiba-tiba masuk lorong kanan maka takdirnya berlanggarlah aku dengan kereta tu. Walaupun wanita tu kata dia beri lampu isyarat, aku rasa kat dalam dunia ni tak ada sapa leh elak sebab jarak motosikal aku ngan kereta tu memang rapat. Waktu tu aku bernasib baik sebab sempat menghentikan motosikal. Jatuh sebab langgar tempat letak kaki belah kiri dengan pintu kanan kereta. Tempat letak kaki aku yang bengkok sedangkan kereta tu tak ada bengkok apa-apa walau calar pun. Nampak tak betapa kerasnya dan kualitinya kereta tu. Nasib aku baik hari tu sebab tak perlu ganti apa-apa. 

Kabomm.. Aku berpusing-pusing. Buah-buahan yang makcik bagi tadi bertaburan. Telefon bimbit dan selipar sebelah melayang jauh. Aku berasa segan sewaktu itu kerana jatuh di tengah-tengah lampu isyarat dilihat oleh orang ramai melihat 'aksiku' berguling. Aku bingkas bangun dan mendapatkan motosikal kepunyaan abangku. Ku lihat cermin belah kirinya pecah dan tempat letak kaki kirinya bengkok dan getahnya haus bergeser dengan jalan tadi. Seorang berbangsa India membantuku mengalihkan motosikal.

'Free kan dahulu gearnya, freekan... ', ujarnya. Aku kenal orang ini. Dialah yang menunggang motosikal disebelahku tadi membawa motosikal jenis Honda 'kepala bulat' 70cc bersama isterinya. 

Kereta di belakang membunyikan hon sebagai tanda perihatinnya seakan-akan bertanya ok ke tidak? Aku melambaikan tangan sahaja. Isteri penuggang motosikal berbangsa India tadi mengutip buah-buahan dan telefonku tadi dan berikan kepada aku. Enjin yang mati aku hidupkan semula. Ternyata enjinnya masih elok. 

Hujan masih renyai. Aku segera ke petronas beberapa meter di hadapan. Aku dapatkan paip di tepi kedai petronas dan membasuh luka-luka yang ada. Dengan keadaan terhincut-hincut dan kesakitan, aku gagahkan berjalan masuk ke dalam kaunter dan membeli 10 plaster bewarna coklat. Kemudian aku terus ke surau menampal segala luka supaya darah tidak mengalir. Seluar yang terkoyak aku gantikan dengan kain pelikat surau. Wudu' pun selesai diambil dan aku terus menunaikan kewajipan solat asar rukun islam yang kedua. Selang beberapa minit masuk waktu maghrib dan aku solat lagi. 

Hujan semakin lebat. Hari semakin gelap. Aku sarungkan jaket yang ada diatas bakul motosikal dan aku terus membonceng menuju ke rumah tapi kali ini dengan kelajuan 50-60 KM/jam. Trauma dibuatnya takut jatuh balik. 

Dua minggu berlalu barulah luka-luka makin sembuh. Luka di tangan, bahu, kaki dan lutut tidak sakit lagi. Banyak pengajaran yang aku dapat atas kemalangan yang menimpa aku. Apabila memandu di waktu jalan licin, usahlah bawa laju kerana mudah untuk kenderaan 'menggelonsor' walau sedaya upaya mengawal keadaan yang tidak stabil. Kalau nak memotong pula tidak usahlah tergesa-gesa. Kalau keadaan selamat baru buat potongan. Jangan potong ketika tidak pasti akan keadaan hadapan dan arah bertentangan dengan kenderaan yang hendak dipotong. Pastikan keadaan sekeliling benar-benar selamat dan hal ini penting untuk menjaga nyawa kerana nyawa sangatlah beharga. 

Maka bersabarlah ketika memandu :)