Pages

Wednesday, March 8, 2017

Makhluk

Makhluk

Semua benda dicipta,
oleh tuhan yang sama,
fungsi berbeza,
taat semuanya.

pernahkah kau lihat ada kecacatan,
dalam penciptaan?
Malaikat,haiwan, tumbuhan,
gunung,laut, bumi, langit, matahari, bulan,
semuanya tidak sombong dan derhaka pada suruhan tuhan,
masing2 menjalankan fungsinya dengan tekun.

kecuali iblis dan sebahagian manusia dan juga jin,
hinalah dirimu sendiri kerana tidak patuhnya kau berbanding haiwan anjing sekalipun
kerana mereka sentiasa bertasbih pada Allah walaupun kau tak tahu begaimana bicaranya mereka,
meletakkan kau lebih rendah dari segala makhluk!!

Mati

Mati

Betapa lekanya kita terhadap dunia,
bila ada kematian barulah ingat mati,
padahal peringatan itu ada setiap hari dalam rutin harian kita
iaitu Tidur!! Allah memegang ruh kita ketika tidur dan ada yang ditahan 
ada yang dikembalikan semula engikut waktu yang ditentukan,,
apakah kita tidak mahu berfikir lagi wahai orang yang mempunyai akal sihat?
tetaplah mengingati mati, perbaiki amal setiap hari,
kerana mati datang secara mendadak, tidak menyapa mu utk bertaubat sebelum dicabut nyawanya,
smenyuruh beriman sebelum mencabutnya,
maka berdoalah padaNya supaya kita mati dalam keadaan beriman,
semoga kita diberi hidayah

(39:42)

Monday, March 6, 2017

Doa

Doa

Doa adalah senjata orang mukmin,
mereka sentiasa berdoa jika ditimpa kesusahan
dan ketika inginkan kebaikan,
ada juga yang sombong tidak mahu berdoa
pada pencipta segala sesuatu,
maka sesatlah dia bersama-sama dengan kesombongannya !!

awas,
bila kau berdoa mintalah dunia dan akhirat,
jangan minta dunia sahaja,
nanti akhirat kau dirugikan..

tapi,
ada ketika bila dapat kesusahan baru kau berdoa,
ada ketika bila nak sesuatu baru berdoa,

rugi,
bila telah dilepaskan kesusahan atau diberikan kebaikan,
terus kau lupa kepadaNya

kenapa,
tidak terus istiqamah berdoa padaNya
tidak kira masa kau susah dan juga masa kau senang?

jadilah,
penyembah Allah yang setia jika kau mahu dipanggil hamba!!