Pages

Monday, March 6, 2017

Doa

Doa

Doa adalah senjata orang mukmin,
mereka sentiasa berdoa jika ditimpa kesusahan
dan ketika inginkan kebaikan,
ada juga yang sombong tidak mahu berdoa
pada pencipta segala sesuatu,
maka sesatlah dia bersama-sama dengan kesombongannya !!

awas,
bila kau berdoa mintalah dunia dan akhirat,
jangan minta dunia sahaja,
nanti akhirat kau dirugikan..

tapi,
ada ketika bila dapat kesusahan baru kau berdoa,
ada ketika bila nak sesuatu baru berdoa,

rugi,
bila telah dilepaskan kesusahan atau diberikan kebaikan,
terus kau lupa kepadaNya

kenapa,
tidak terus istiqamah berdoa padaNya
tidak kira masa kau susah dan juga masa kau senang?

jadilah,
penyembah Allah yang setia jika kau mahu dipanggil hamba!!

Monday, November 21, 2016

Diri

Diri
Bosan dengan sunyi
Ciptaanku sendiri
Tiada orang disisi
Itukah apa yang ku idami?
Makin aku jauhi
Makin kau dekati
Bagai tarikan graviti
Tak bisa aku pinggir ke tepi
Wahai Duniawi
mengapa kau buat aku begini?
Hidupku tiada lagi bererti
Seolah tuhan tanpa disisi
Aku sangat yakini
Sementara cuma aku bisa nikmati
Dibanding dengan esok hari
Kehidupan yang diimpi setiap generasi
Kumohon pada ilahi
Semoga kau ampuni
Dosa hambamu yang lemah ini
Yang diuji saban hari

Thursday, September 24, 2015

Hutang

Segala Puji BagiNya,
Tuhan Semesta Alam,
Engkaulah Pemberi Rezeki,
Kepada Siapa Kau Mahukan,

Alangkahnya Terseksanya,
Dibelenggu Oleh Hutang,
Namun Manusia Itu Alpa,
Hutangnya Makin Bertambah,

Alangkah Ruginya mereka,
Mengikut Hawa Nafsu Serakah,
Hutang Yang Memakan Diri,
Dituntut Didunia Dan Akhirat,

Wahai Manusia, Berhutanglah,
Jika Kau Mampu Membayarnya,
Jangan Kau Biasa Berhutang,
Nanti Memakan Diri Sendiri.

Maka Layakkah Aku Bersenang-Senang,
Walhal Orang Lain Yang Menanggung Hutang?
Cukuplah Aku Dengan Kehidupan Yang Sederhana,
Kerana Dunia Adalah Sementara.

Muhammad Zahid Zakaria
Kaherah Mesir
14 Oktober 2014