Pages

Wednesday, June 29, 2011

Hanya UntukMu

Kuliah Maghrib yang biasa disampaikan di masjid Sultan Azlan Shah, Ipoh tidak jemu-jemu diberikan walau jemaahnya kadang-kadang terasa agaknya kejemuan itu. Tajuk hari ni ialah ikhlas. Tidak pasti nama penceramahnya tapi penyampaiannya bagus. 

Beliau membuka majlis dengan berzikir kepada Allah seterusnya menyampaikan kata-kata peransang kepada pendengar mengatakan hidayah itu milik Allah. Janganlah mudah terus menilai seseorang itu buruk dan akan terus buruk akhlaknya kerana Allah mudah memberi hidayah kepda siapa yang Dia kehendaki. Contoh yang boleh kita lihat ialah daripada sahabat nabi Umar Al-Khattab yang menjadi antara penentang Islam yang paling keras namun setelah diberi hidayah dialah pembela Islam yang tegas pada musuhnya. 

seterusnya beliau masuk pada isinya. Allah menerima suatu amal seorang hamba itu dengan niat ikhlas kerana Allah semata-mata. Janganlah kita sebagai hambaNya beramal kerana mahu memuaskan hati seseorang untuk kepuasan hati. Orang yang begini akan disindir oleh Allah di akhirat nanti.

Maka segeralah bertaubat pada Allah kerana beramal niat bukan kerana Allah adalah sesuatu perbuatan syirik kecil boleh juga menjadi syirik besar. Sesungguhnya Allah menerima taubat hambaNya yang ingin bertaubat.

Binasalah seseorang diberi oleh Allah tiga jenis :
1. diberi ilmu tetapi tidak diamalkan
2. dikelilingi oleh orang-orang yang soleh tetapi tidak dapat mencontohi mereka.
3. diberi jalan untuk taat kepada Allah tetapi tidak ikhlas.

Ketika beribadat hendaklah ia membuang riak kerana riak itu sesuatu kerja yang mensyirikkan Allah. Jika riak itu datang ketika sedang beribadat terutamanya ibadat fardu ia tidak perlu membatalkan malah perlu diteruskan ibadatnya disertakan beristighfar setelah itu. Sesungguhnya barang siapa yang beristighfar setelah itu maka Allah akan memberi taufik kepadanya untuk sentiasa ikhlas suatu hari kelak.

Bila mati orang yang riak didunia ini, maka akan sunyilah dunia.

Membuat ibadat sebab hanya mahu riak semata-mata, jika tidak kerana riak dia tidak mahu beribadat. Ini adalah tanda orang munafik. Berjaga-jagalah anda.Menjadi imam hanya untu menunjuk-nunjuk kemerduan suara bacaan al-qurannya seperti solat maghrib, apabila solat zohor tidak mahu manjadi imam kerana tidak perlu dinyaringkan bacaan.

Melakukan ibadat kalau ramai orang sahaja berbanding dibuat bersendirian. Ia tidak mendapat pahala Ikhlas. Contohnya menunaikan solat sunat sebelum atau selepas solat fardu hanya kerana mahu menunjuk-nunjuk pada jemaah lain, jika di rumah yang tiada orang nampak maka dia tidak melakukannya.

Monday, June 27, 2011

Cuba Istiqamah..


Rutin setiap bulan, Kutip Duit!! 

Kutipan duit Majalah Solusi kali ni agak merudum, haish macamne nak bayar kat kak Chahaya kalau terus macam ni.. 

Tak pe, lepas ni kene usaha lebih sikit Zahid, Caiyok2!!

Sunday, February 13, 2011

Bantulah saudaramu yang zalim..

Lame dah xlawat blog ni.. hampir 2 bulan kot n mungkin lebih skit. Tapi xpe, sebab follower ade 6 je.. huhu bila la nak bertambah. sebab xmenarik kot.. k, fine.. kene perbaiki lagi.. bukan sengaja xmau update, cuma nk menulis tu kene ade internet.. blog ni pon ditukar nama mohdzahidzakaria.. sebabnye name dlu xsedap.. so xde feeling nk tulis.. dah tukar nama ni ble la meluas skit topik yang ak nk bawk.. k sampai ctu je..

tajuk hari ni:

BANTULAH SAUDARAMU YANG ZALIM. 

Para ulama' mentakrifkan zalim sebagai meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya. Manakala adil itu ditakrifkan sebagai sesuatu yang kena pada tempatnya.

Mengikut kitab Fath al-Bari, yang dikarang oleh Ibn Hajar menyatakan ayat ini iaitu 'tolonglah saudaramu yang zalim dan yang dizalimi' diungkapkan oleh anbar bin Amru dan kemudian menjadi suatu prinsip kepada masyarakat jahiliah. Mereka bersungguh-sungguh membantu mereka atas nama perkauman walaupun mengetahui bahawa sahabat mereka telah membuat suatu kesalahan yang nyata (zalim).

Imam al-Bukhari (no.2263) dan Muslim (no4681) meriwayatkan Rasulullah menyebut ungkapan yang sama; 'tolonglah saudaramu yang zalim dan dizalimi' lalu para sahabat pun hairan dan bertanya: memang kita perlu membantu saudara kita yang dizalimi, tetapi bagaimana kita membantu mereka apabila mereka melakukan kezaliman? maka jawab Rasulullah s.a.w: 'engkau mencagahnya daripada melakukan kezaliman, itulah cara membantu saudaramu yang zalim.

nah, yang zalim pon kita perlu bantu kan....
jangan pula membiarkan mereka ye..

Biar mati anak, jangan mati adat.
1.biarkan anak dihukum asalkan adat resam tidak dipersendakan.
2.biarkan anak dihukum demi mempertahankan syariat dan hukum islam.

option yang kedua itu adalah satu contoh yang kita boleh bandingkan dengan ayat 'jahiliah' semasa jahiliah dan semasa kedatangan Rasulullah s.a.w. Kita islamikkan peribahasa melayu tersebut supaya ia lebih bermakna. Ingat, ini juga satu pendekatan dakwah. 

'jikalau Fatimah binti Muhammad mencuri, nescaya aku akan potong tangannya' (Riwayat Ahmad, Bukhari dan Muslim)

Mengutamakan sistem dari barat atau timur yang tidak menepati islam beerti mengetepikan cara yang dianjur oleh Allah. -meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya.. ape maknanya?? zalim... islam sepatutnya menjadi asas pada sesuatu decision maker. 

'Berkata benar di hadapan penguasa yang zalim adalah jihad yang paling agung' (Riwayat al-Tarmizi no.2100, al-Nasa'i no.4138 dan Abu Daud no. 3781)

Tadi kita sudah tahu bahawa orang yang zalim juga perlu dibantu. Dalam erti kata lain kita perlu mencegah mereka daripada melakukan maksiat tersebut.Bagaimana caranya?



Sabda Rasulullah s.a.w. 

:'Sesiapa dalam kalangan kamu melihat kemungkaran,

-hendaklah mengubahnya dengan tangan

sekiranya tidak mampu

-ubahlah dengan lisan

sekiranya tidak mampu

-ubahlah dengan hati (iaitu melahirkan rasa benci)

maka itu adalah selemah-lemah iman'

(Riwayat Muslim no.70)



1.Tangan

Dalil al-Falihin, Imam Ibn 'Allan menyatakan bahawa peringkat iman tertinggi ialah apabila seseorang itu menentang kemungkaran yang berlaku dengan menggunakan kekuatan fizikal.Selain itu terdapat juga tafsiran mengenai 'mengubahnya dengan tangan' supaya memperbetulkan dengan kekuasaan yang dimiliki. Oleh itu, mereka perlu berusaha mendapatkan kekuasaan bagi mencapai matlamat menghapuskan kezaliman. Contohnya, menjadi ketua presiden dalam mana-mana kelab/persatuan dan membawanya kepada perkara yang tidak melanggar syariat. Ia turut bermaksud mencegah kezaliman (syariat islam yang tidak diletak pada tempatnya).

2.Lidah

Nasihat merupakan contoh tebaik mencegah kemungkaran melalui lidah. Ia boleh dilakukan dalam beberapa cara iaitu secara lisan, menerusi mata pena, melalui blog, buku, majalah dan lain-lain lagi. Nasihat ini perlulah sentiasa berhikmah. Kadang-kadang perlu direct to the point dan kadang-kadang secara sinis dan tegas. 

3.Hati

'maka itu adalah selemah-lemah iman'. Mencegah dengan hati adalah melalui perasaan benci dan marah terhadap kemungkaran yang dilakukan oleh seseorang termasuk diri sendiri bukan pada tubuh batangnya dan seterusnya perlulah berdoa pada Allah supaya kemungkaran tersebut lenyap secepat mungkin tanpa menegur atau menghukum(dengan kuasa yang ada) orang tersebut. Jika mencegah dengan hati itu adalah selemah-lemah iman maka apabila tidak ada suatu pun rasa dendam, marah, dan benci malah menyukai kemungkaran tersebut ini bermakna tiada iman dalam hati seseorang itu. Tepuk dada tanya iman.

Antara ketiga-tiga cara pencegahan diatas ramai dikalangan umat islam yang suka mengambil 'selemah-lemah iman' sebagai cara dalam kehidupan seharian. Ia lebih suka bersikap endah tidak endah. Contohnya 'ah, biarlah             
mereka bercouple, nanti mak bapak dia tegurlah' 'jangan jaga tepi kain oranglah' 'kubur asing-asing'. Sedangkan nasihat itu bermanfaat untuk orang beriman.

Kita sering berebut untuk mendapat yang terbaik dalam pelbagai perkara, namun apabila menyebut mengenai iman, hanya mahu duduk dibawah. Kita perlulah mengikut teladan masyarakat awal islam yang sentiasa berebut untuk mengejar iman yang tertinggi yang boleh mereka capai. Oleh itu marilah kita sama-sam berusaha menjadi yang paling kuat. Marilah kita kuatkan iman masing-masing dengan melaksanakan amar makruf nahi mungkar.

~kupasan dan bedah bahan bacaan:majalah solusi isu 27 (m/s12-13)